JANGAN BERGAUL DENGAN ORANG YANG SUKA MENIPU,MENCURI DAN MAKAN RASUAH





DARI GROUP RAFIZI RAMLI KESAYANGAN RAMAI

Al-Quran adalah sumber petunjuk bagi manusia. Petunjuk-petunjuk Ilahi ini disampaikan dengan pelbagai cara. Sebahagiannya secara langsung berbentuk perintah dan larangan. Dan ada pula yang berbentuk tidak langsung misalnya melalui kisah dan sejarah bukan sekadar untuk berlipurlara atau sekadar untuk diketahui, tetapi lebih dari itu sebagai mesej petunjuk yang membawa ayat-ayat mengajak umat manusia supaya merenung nasib umat yang terdahulu sambil menilai diri dengan penuh keinsafan bahawa nasib yang sama boleh menimpa sesiapa sahaja atau sesuatu ketamadunan yang memiliki cirri-ciri dan faktor yang sama.

Al-Quran bersifat universal dan abadi serta releven sepanjang zaman sehingga ke hari kiamat. Begitu juga tabiat manusia, tetap sama tidak berubah sepanjang zaman. Demikianlah kedurjaan dan petualang manusia apabila mereka merasai kecukupan serta mampu memiliki kekayaan dan kekuasaan, maka mereka mudah lupa akan nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Watak-watak dalam Al-Quran seperti Namrud, Fir'aun, Qarun dan lain-lain lagi itu sebagai individu merupakan watak-watak masa lalu yang sudah beribu-ribu tahun menghilangkan diri dari pentas sejarah. Tetapi watak dan perangai mereka senantiasa muncul sepanjang zaman. Fenomena sosial-budaya kenamrudan, kefir'aunan dan keqarunan senantiasa timbul dari masa ke semasa.
Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an(Umat islam seharusnya faham dan peka dengan sikap orang-orang yang ingkar terhadap perintah llah s.w.t dan Rasul-Nya,iaitu tidak mendekati atau bergaul dengan mereka sehingga boleh menjejaskan dan merosakkan aqidah dan akhlak.
Musuh-musuh Islam,terutama orang-orang kafir dan munafik sentiasa berusaha untuk merosakkan dan menghancurkan peradaban umat Islam dalam segala bidang.Justeru itu,kaum muslimin hendaklah berhati-hati dan menjauhi daripada bergaul dengan mereka agar tidak terpengaruh dengan mereka.
Firman Allah s.w.t:
وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡڪُمۡ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ يُكۡفَرُ بِہَا وَيُسۡتَہۡزَأُ بِہَا فَلَا تَقۡعُدُواْ مَعَهُمۡ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيۡرِهِۦۤ‌ۚ
Ertinya:
“Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan kepadamu(perintah-Nya)dalam kitab(Al-Quran).iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah s.w.t diingkari dan diejek(oleh kaum kafir dan munafik),maka janganlah kamu duduk(bergaul)dengan mereka sehingga mereka memasuki kepada mempersoalkan yang lain,kerana sesungguhnya(jika kamu ikut),tentulah kamu sama dengan mereka.”
(An-Nisa:140)