HAH...NAK JUGA MAIN DUA KOLAM...TAKUT TUMBANG KE DI TERENGGANU DAN KEDAH SILAP SILAP KELANTAN PUN QUYUB....

 Walaupun didesak Umno, Pas tetap akan pertahan ‘main dua kolam’


Walaupun didesak Umno, Pas tetap akan pertahan ‘main dua kolam’

Pas berpegang dengan keputusan untuk melebarkan Muafakat Nasional (MN) dan meneruskan kerjasama yang terjalin dalam masyarakat majmuk sejak merdeka dengan pembaharuan melalui penubuhan Perikatan Nasional (PN).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, agenda bagi memperkukuhkan PN dalam kerajaan merupakan persetujuan bersama.

Bahkan menurutnya, bagi meneruskan kelangsungan perubahan dalam politik, semua parti wajib bersama gabungan PN yang mengumpulkan parti menerima asas penting dalam Perlembagaan Persekutuan dan menolak mana-mana parti yang bertujuan selain daripada itu.

“Pas pernah bersama UMNO menubuhkan Barisan Nasional (BN) yang sudah tidak berfungsi secara berasingan dan memerlukan tajdid (pembaharuan) terhadap parti tersebut yang telah ditolak dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Maka, PN ialah pembaharuannya dalam bentuk yang lebih besar.

“Pas tidak boleh dikongkong dengan hanya bersama UMNO sahaja. Kita telah memulakan langkah dengan menubuhkan kerajaan bersama dalam gagasan PN yang berada di peringkat permulaan,” katanya dalam tulisan Minda Presiden Pas yang disiarkan di Facebooknya pada Ahad.

Abdul Hadi berkata, perjuangan Pas bukanlah atas dasar nasionalisme yang sempit sebaliknya aqidah perjuangan parti itu adalah berlandaskan Islam.

Tambah beliau, masyarakat Malaysia yang didominasi bangsa Melayu yang beragama Islam berusaha menyatukan bangsa itu bermula dengan penyatuan tiga parti besar iaitu UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Pas dalam gabungan MN.

“Seterusnya bagi mengumpulkan bangsa lain dalam masyarakat majmuk, Pas bertindak secara bersama menubuhkan PN bagi memecahkan asabiyah kaum yang ditentang oleh Pas.

“Pas tidak boleh diheret ke dalam lingkungan perkauman yang sempit. Pas wajib memecahkan tembok yang cuba mempertahankan elemen perkauman dan PN merupakan pemecahnya,” katanya.

Katanya, dalam sifir politik, untuk melakukan perubahan, perkara tersebut tidak akan dapat dicapai jika hanya melalui platform MN yang melibatkan Pas dan UMNO semata-mata.

“Sehinggakan, dipersetujui bersama supaya satu perubahan atau reformasi politik dilakukan akibat keputusan PRU14 yang meletakkan dominasi bukan Islam dan Muslim yang tidak Islamik,” jelasnya.

No comments: