MALAYSIA DI BAWAH ISMAIL SABRI SEDANG ALAMI KEHANCURAN EKONOMI

 

Syarikat gergasi Korea Selatan bernama Hyundai telah menutup ibupejabat wilayah bagi rantau Asia Pasifik di Malaysia dan berpindah ke Indonesia. Sebanyak RM6.26 bilion telah dibelanjakan oleh Hyundai bagi membangunkan kilang barunya di Indonesia.

Malaysia melepas. Hilang pelaburan langsung asing (FDI).

Tak cukup itu, IBM satu lagi syarikat gergai dunia telah menutup Pusat Penyampaian Global (Global Delivery Centre) miliknya di Cyberjaya dan berpindah ke Singapura. Malaysia melepas lagi FDI.

Kemudian Syarikat minyak global bernama Shell pun buat hal yang sama. Shell sudah hilang percaya pada Malaysia. Ia telah memindahkan operasinya dari Cyberjaya ke India. Cyberjaya dah tidak menjadi jaya lagi. Dah jadi Cybergagal nampaknya.

Syarikat-syarikat pelaburan asing hilang kepercayaan terhadap sistem politik, masa depan ekonomi dan taraf korupsi yang tidak terkawal di Malaysia. Citigroup kumpulan perbankan telah keluar urusan retail banking miliknya yang telah beroperasi di Malaysia selama 60 tahun untuk berhijrah ke Singapura.

Untuk tambah buruk Syarikat IT Jerman iaitu T-System telah menjual businessnya di Malaysia dan cabut lari dari Malaysia.

Apa kata Perdana Menteri Ismail Sabri dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul dalam hal-hal ini. Ambil sikap membisu dan berdiam diri sahaja.

Dalam dunia kereta motor menuju ke industri membina kereta elektrik, Malaysia terlepas lagi. Toyota Motor Corp melabur US$2 bilion untuk membangunkan kenderaan elektrik EVs, bukan di Malaysia tetapi di Indonesia.Malaysia tidak lagi ada daya tarikan FDI.Malaysia hilang dari radar business antarabangsa.

Menjadi parah lagi, Zoom Video Communications memilih Singapura bukannya Malaysia sebagai tempat Pusar R&D dan Pusat Data Baru bagi rantau Asia Tenggara. Malang sunggu Malaysia dibawah kerajaan sekarang ini.

Malaysia hilang dalam peta dunia niaga. Lihat saja Facebook, Lazada, Tencent, ByteDance, Alibaba tergamak tidak hiraukan Malaysia tetapi memilih Singapura lagi menjadi hub serantau bagi pusat strategik dan pusat datanya.

Di mana silapnya Malaysia. Langsung tidak dipedulikan oleh syarikat-syarikat pelaburan asing. Apa yang MITI dan Azmin Ali lakukan selama ini.

Sudah jatuh ditimpa tangga pulak. Yang terbaru Google dan Facebook bypassed Malaysia atau pintas lalu Malaysia untuk projek berbilion ringgit Apricot iaitu kabel internet dasar laut sepanjang 12,000 kilometer kerana dasar cabotage Malaysia di bawah kerajaan sekarang yang gagal membuat keputusan tepat dengan cepat. Melepas lagi.

Aduhai Malaysia. Apa malang nasibmu di bawah Kerajaan yang gagal sekarang ini.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Isnin 3 Januari 2022