Aku ingat PN & BN je yang kemaruk cerita
politik musim bencana ni. Rupanya dalam PH pun ada juga yang sama perangai.
Kena buat khemah besar sebab kalah di Melaka dan
Sarawak? Dia tak tahu ke sebab isu khemah besarlah PH kalah. Sebab ketika sang
diktator mengepalai pentadbiran PH selama 22 bulan, tak sedikit perbuatannya
yang merosakkan jenama PH.
Manifesto bukan kitab suci, buat janji sebab tak
sangka menang, Melayu malas, hadiri Kongres Melayu, lantik orang seperti Waytha
(bukan ahli PH pun) sebagai menteri dan banyak lagi. Hingga kini kita berdepan
dengan ejekan musuh akibat tingkah lakunya dulu. Dia jugalah yang serahkan
kerajaan kepada pengkhianat.
Sekarang nak buat khemah besar lagi? Nak cemar nama
PH dengan bawa masuk makhluk yang rosakkan nama PH? Takkan tak belajar sedikit
pun daripada kesilapan dulu? Hati kau keras, Roy...
Untuk mangkuk-mangkuk ni, sila layari media sosial
dan lihat sendiri sentimen penyokong. Jangan syok sendiri sangat. Majoriti
penyokong menolak untuk bersama sang diktator, si perasan bagus dan juga di
budak mentah tu. Jangan ingat korang je yang pandai.