Jangan 'diamkan' isu saham pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM - Fahmi




 

Isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki tidak wajar didiamkan begitu sahaja oleh suruhanjaya berkenaan.

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, sekiranya hal itu tidak disiasat maka ia akan menjadi barah dan nanah kepada integriti SPRM yang akan terus dipertikaikan oleh rakyat Malaysia.

"Kita tidak mahu isu ini menjadi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pelbagai cara digunakan pihak tertentu untuk mendiamkan mereka yang cuba membangkitkan isu berkenaan di Parlimen dan luar Parlimen," katanya dipetik.

Tambah Fahmi, pada 14 Disember tahun lalu, Ahli-ahli Parlimen telah mengutarakan satu usul tergempar untuk membahaskan dakwaan itu tetapi tidak dibenarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Oleh itu, beliau berharap satu siasatan akan segera diadakan dan Azam direhatkan pada sepanjang tempoh tersebut.

"Parlimen merupakan tempat terbaik untuk isu ini dijelaskan tetapi memandangkan Parlimen tidak bersidang sehingga 28 Februari, terbaik pada waktu ini ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM direhatkan sementara siasatan dilakukan.

“Timbalan beliau memangku dan siasatan dilakukan oleh polis membabitkan beberapa aspek dalam konteks jenayah atau jenayah komersil," katanya lagi.

Baru baru ini, ahli panel perundingan SPRM, Edmund Terence Gomez meletak jawatan selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.

Beliau juga mendakwa telah memberi bukti bukti berkenaan dakwaannya kepada panel perundingan SPRM namun tiada tindakan lanjut dilakukan.

 

No comments: