BERCAKAP LA SOAL RAKYAT..NI DOK KIRA NAK MAIN DUA KOLAM...BAGI JADI DUTA BUKAN SURUH MAKAN GAJI BUTA.

Naikkan bantuan banjir jika tak benarkan pengeluaran KWSP, kata Anwar

Anwar Ibrahim meminta kerajaan tidak membebankan rakyat dengan kerenah birokrasi melampau yang hanya melambatkan proses penyaluran bantuan

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menaikkan bantuan buat mangsa banjir kepada RM5,000 hingga RM10,000, susulan keputusan Putrajaya tidak membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Katanya, semua mangsa banjir dalam keadaan derita dan terdesak kerana menanggung kerugian besar.

“Apabila kerajaan tidak membenarkan pengeluaran KWSP, maka mereka dengan ini harus berikan bantuan segera antara RM5,000 ke RM10,000 setiap orang mengikut keadaan serta kesan kerugian yang dialami akibat bencana ini.

“Usah tambah beban rakyat dengan kerenah birokrasi melampau yang hanya melambatkan proses menyalurkan bantuan,” katanya dalam kenyataan.

Anwar turut menggesa kerajaan membuat perancangan dan kaedah baharu dalam mengemudi negara ketika berlaku krisis serta penyaluran bantuan kepada rakyat.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan tidak berhasrat membenarkan pengeluaran simpanan KWSP berjumlah RM10,000 kerana dana dan bantuan mencukupi sudah diberikan untuk membantu mangsa banjir.

Katanya, kerajaan juga bimbang dengan baki simpanan KWSP rakyat selepas membenarkan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, dengan ada yang berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen.