WOII...NAK SAPU LAGI KAH..YANG 4G PUN TERHEGEH HEGEH SIOT....

 

Pengendali syarikat telekomunikasi cadang 5G kedua




Wakil enam pengendali telefon mudah alih dilaporkan telah menemui
 pegawai kerajaan untuk berkongsi idea mengenai penggunaan 5G.

PETALING JAYA: Beberapa pemain besar industri telekomunikasi di Malaysia mencadangkan supaya perkhidmatan 5G kedua ditubuhkan, sebulan sebelum kerajaan memutuskan sama ada menggunakan pemborong tunggal atau sebaliknya.

Tiga sumber memberitahu Reuters, wakil enam pengendali telefon mudah alih telah menemui pegawai kerajaan pada Isnin untuk mencadangkan penyelesaian terhadap kebuntuan dihadapi Putrajaya dan syarikat terlibat selain berkongsi idea mengenai penggunaan 5G.

Sebelum ini, laporan Reuters mengatakan penyedia perkhidmatan dan kerajaan menemui jalan buntu mengenai pertikaian harga dan isu ketelusan dengan model yang dirancang.

Ketika ini, kerajaan bercadang menjadikan Digital Nasional Berhad (DNB) sebagai pemborong tunggal 5G yang akan membina,  memiliki, mengendalikan rangkaian dan memajak spektrum kepada pengendali telefon mudah alih.

Empat pengendali iaitu Celcom Axiata, DiGi, Maxis dan U Mobile mengesyorkan kerajaan membenarkan dua pemborong rangkaian 5G, masing-masing dibina dan dikendalikan oleh konsortium syarikat pengendali, kata sumber.

Dalam pembentangan yang dilihat oleh Reuters, syarikat-syarikat itu mencadangkan kedua-dua rangkaian berjalan selari bermula tahun depan sebelum berpecah pada tahun 2023.

Kedua-dua konsortium itu akan menggunakan aset telekomunikasi sedia ada untuk “menyelaras pelaksanaan dan bekerjasama dalam tempoh 12-18 bulan pertama bagi memastikan 5G dicapai dengan lebih pantas di seluruh Malaysia.”

Syarikat pengendali itu juga terbuka kepada cadangan yang membolehkan mereka memiliki saham dalam DNB, dan meminta lebih dilibatkan dengan pelan rancangan kerajaan, kata sumber.

“Kami berharap akan ada rundingan berterusan mengenai perkara itu, memandangkan implikasi yang mendalam terhadap ekonomi digital negara,” kata salah satu sumber.

YTL Communications, bagaimanapun, membantah rancangan ini dan menyatakan sokongan untuk satu rangkaian 5G, manakala Telekom Malaysia berkata ia akan menyokong sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan, kata sumber.

Digi, U Mobile dan YTL enggan mengulas ketika dihubungi Reuters. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Axiata, Maxis dan Telekom Malaysia belum memberi maklum balas.

No comments: