SATU WARNA SATU HATI





NORMAN RADZUAN

Kita kata rakyat tak tahu logo Harapan dan mahu guna logo PKR. Tak mahu komplen parti lain sb itu hal keluarga org luar tapi kita bicara tentang parti sendiri. Kenapa dlm PKR sendiri ada yg pakai baju putih, biru dan hitam yg turut diperkatakan org ramai sewaktu kempen PH di Melaka baru2 ni.
Logo PKR kan warna biru muda tapi kenapa ahli PKR tak mahu pakai satu sahaja warna sebagai simbolik satu hati ahli2nya dlm parti.
Walaupun mana2 parti ada kabilah2nya tetapi kita lihat org UMNO bermacam kabilah dlm parti tersebut tapi mereka jika PRU atau PRN mahupun PAU baju mereka tetap sama t shirt biru atau baju Melayu putih mengikut kesusaian majlis.
Macam di Melaka tempoh hari elok sahaja BN atau PN mereka pakai satu warna. Kita di pihak PH yg sana baju merah putih, yg situ baju oren, yg sini ada biru,putih dan hitam... tak pening org Melaka tiba2 bendera dipacak warna merah 😂
Benda ni nampak remeh tapi bagi saya ia penting sebagai simbolik kita bersatu hati bersama Presiden dan utk keyakinan kpd pengundi2 di luar sana. Ini pandangan saya bila ditanya semalam mengenai byk kabilah2 dlm parti dan bagaimana utk menyatukan mereka.
Terpulanglah nak bersetuju atau tidak dgn pandangan saya ini. Mungkin ada alasan baju warna ini utk Home dan baju warna itu utk Away. Nak teruskan pelbagai warna utk dilihat cantik mcm pelangi pun ok je. Jgn pula buat cerita saya tunjuk design baju di bawah tu saya nak buat duit jual baju pula😅 gambar tu ambil di Google...

No comments: