ORANG SARAWAK LEBIH TAHU APA DIMAHUKAN

 

NORMAN RADZUAN


Kata org SARAWAK... tak perlu hantar rombongan

ORANG SARAWAK LEBIH TAHU APA DIMAHUKAN
Seperti dimaklumlan sebelum ini... saya tak mahu komen PRN Sarawak sebenarnya utk mengelakkan mudah org tu buat post mortem yg hanya menyalahkan individu2 tertentu bila tewas seperti di Melaka lalu.
Artikel ini saya hanya menyampaikan apa yg ahli PKR Sarawak harapkan atau luahkan. Lepas ini tak mahu beri apa2 ruang cerita lagi mengenai PRN Sarawak🙏. Ini bukan pendapat saya tapi pendapat org Sarawak sendiri.
" Kami tidak perlu jentera yg ramai dari Semenanjung. Cukup satu kawasan satu dua org sahaja utk memantau gerak kerja kami. Kami bukan masih baru dlm politik. Adalah lebih baik bajet utk parti bawa rombongan (yg ditanggung perbelanjaan) mereka itu diberikan kpd PKR negeri atau calon2 kami sahaja utk gerak kerja kami.
"Kami dimaklumkan ramai juga yg mendapat tajaan utk hadir ke negeri Sarawak ini. Cukup pimpinan tertinggi sahaja dtg utk berkempen.
"Kami lebih tahu apa yg org tempatan mahukan. Tapi bagaimana kami ingin bergerak jika kewangan terhad. KL perlu ada rasa percaya kpd kami. Org Sarawak lebih tahu apa yg rakyat Sarawak mahukan.
"Apa guna ramai2 dtg jika sekadar memerhati. Jika sekadar ikut2 kempen sana sini kami pun ramai yg boleh lakukan di sini. Yg diperlukan kewangan utk ahli2 parti tempatan bergerak yg mana ramai pengundi2 di sini saudara mara mereka sendiri.
"Begitu juga yg dtg secara sukarela jika boleh bajet beribu ribu itu salurkan kpd parti utk bantuan kewangan. Ia perlu utk kami bergerak dgn acara2 tertentu terutama utk kwsan bandar2 kecil dan sedikit pendalaman.
"Bagaimanapun yg sudah hadir kami hargai sokongan moral tersebut. Cuma kami ingin beritahu jgn anggap kami di sini tidak tahu berkempen dan berpolitik. Jika hebat sgt kenapa kita masih kalah dgn parti tempatan Sarawak.
"Kami sentiasa bekerja di sini utk memenangi hati rakyat sejak sekian lama tetapi program2 kami terbatas masalah kewangan. Ini sekadar pandangan saya utk Tuan tuliskan dan sampaikan."
Ini antara ringkasan permintaan ahli parti PKR negeri mengenai situasi di Sarawak utk saya sampaikan ( saya tulis dlm bahasa yg mudah difahami) . Terpulanglah kpd sesiapa mahu mendengarnya atau sekadar membaca. Saya no comment... cuma berharap jgn dpt telur ayam sudah la.



No comments: