Bawa semula RUU Perjanjian Malaysia 1963 untuk ambil sentimen PRN Sarawak

Mat Sabu sues Harakah for defamation

AMANAH menyifatkan tindakan membawa semula Perjanjian Malaysia 1963 ke dalam Parlimen semalam sebagai langkah untuk mengambil sentimen pilihan raya negeri Sarawak selepas ia ditolak oleh Gabungan Politik Sarawak (GPS) sebelum ini.

Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu berkata, Kerajaan Pakatan Harapan sudah membawa pindaan ini ke Parlimen sebelum ini tetapi ditolak oleh GPS sendiri.

“Bagaimana pun untuk mengambil sentimen PRN Sarawak, ia dibawa semula dengan segera oleh Kerajaan,” kata Ahli Parlimen Kota Raja itu menerusi Facebook beliau.

Beliau turut membahaskan Pindaan Perlembangaan MA63 iaitu Perjanjian Malaysia 1963, di mana terciptanya terma dan syarat penyatuan negeri-negeri Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian dari negara Malaysia.

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selepas mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.

Sokongan majoriti dua pertiga itu diperoleh menerusi dua kali undi belah bahagian, masing-masing pada bacaan kali kedua dan ketiga, seperti ditetapkan Perkara 159 Perlembagaan.

Pada bacaan kedua, pindaan RUU ini mendapat 200 undi, tiada ahli yang tidak bersetuju manakala 20 Ahli Parlimen tidak hadir.

Bagi bacaan ketiga, sebanyak 199 undi yang menyokong manakala tiada ahli yang tidak bersetuju manakala 21 Ahli Parlimen tidak hadir ketika kiraan undi dijalankan.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

No comments: