KEADILAN Simpang Renggam gembira Anwar rasmi pejabat, kemasukan Dr Maszlee


KEADILAN Cabang Simpang Renggam berbesar hati dan gembira dengan penyertaan Ahli Parlimen kawasan itu, Dr Maszlee Malik ke dalam parti.



Menurut Setiausaha KEADILAN Simpang Renggam, Faizul Abdul Ghani, ahli peringkat akar umbi juga gembira dengan kehadiran Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan pejabat Cabang KEADILAN itu petang semalam.



"KEADILAN Cabang Simpang Renggam berasa sangat bertuah kerana Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan perasmian pejabat KEADILAN Cabang Simpang Renggam di Taman Samudera.

Faizul Abdul Ghani



"Upacara ringkas tapi penuh bersejarah ini telah dihadiri oleh barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri Negeri Johor dan juga parti komponen Pakatan Harapan Simpang Renggam.



"Malah ia juga diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Simpang Renggam YB Maszlee Malik yang telah menyertai parti," katanya.



Majlis semalam, kata faizul yang juga Penyelaras DUN Layang-Layang, disudahi dengan jamuan ringan, sate, nanas MD2 dan teh tarik kesukaan Datuk Seri Presiden.



KEADILAN Simpang Renggam dengan itu mengucapkan penghargaan kepada semua yang menjayakan majlis dan kepada semua ahli akar umbi.

 

No comments: