JANGAN TERLALU MENDABIK DADA- PANGGILAN SUNGAI BULOH SEDANG MENANTI. MENANG SAHAJA PH RAKYAT TUNTUT YANG SALAH TETAP SALAH....


 NAK MENANG PUN KITA TAU LA SEBAB APA...TAPI KENA INGAT PILIHANRAYA PRU 15, UNDI ANAK MUDA DAN KEPULANGAN RAKYAT KALI INI TAK  BEGITU MUDAH BUAT BN NAK MENANG LAGI. PH PUN DAH BERSEDIA ..YA MUNGKIN SANA SINI ADA KELEMAHN TAPI TETAP BERSEDIA.


MoU bukan ‘kitab suci’ tak benarkan PRU awal, kata Zahid



Keputusan untuk PRU awal adalah berdasarkan daripada nasihat yang sudah tentu mengambil kira pelbagai faktor, menurut Ahmad Zahid Hamidi.

PETALING JAYA: Perjanjian memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kerajaan dan pembangkang sebelum ini bukan satu “kitab suci” untuk tidak membolehkan pilihan raya umum (PRU) diadakan lebih awal sebelum Julai tahun depan, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun Presiden Umno itu menegaskan ia tidak bermaksud perjanjian itu perlu “dilanggar”, namun rundingan boleh dibuat bagi mendapatkan satu keputusan secara bersama.

“Kita menghormati MoU itu, tetapi MoU itu bukan kitab suci, jauh daripada ayat-ayat tercatat dalam al-Quran. Selain daripada itu, Insyaallah boleh diubah.

“Saya tidak fikir kita harus melanggar tetapi yang terbaik adalah kita berunding dan semua pihak sudah pasti ada pandangan yang berbeza dan secara konsensus. Keputusan majoriti akan dibuat berdasarkan kepada hasil perbincangan yang diadakan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Zahid berkata, keputusan untuk PRU awal adalah berdasarkan daripada nasihat dan nasihat itu sudah tentu mengambil kira pelbagai faktor termasuk MoU yang ditandatangani.

Pada 14 Sept lalu, kerajaan diterajui Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menandatangani MoU bersama Pakatan Harapan (PH) dan antara isi kandungan perjanjian ialah kerajaan berjanji untuk tidak membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU sekurang-kurangnya sehingga 21 Julai 2022.

Tambah Zahid, beliau tidak mempunyai kuasa menentukan tarikh PRU dan sebarang keputusan untuk mengadakan pilihan raya perlu mengambil kira semua faktor termasuk kepentingan rakyat yang seharusnya menjadi keutamaan.

“Saya tidak ada kuasa untuk menentukan bilakah tarikh atau tempoh yang tepat untuk mengadakan PRU kerana ia merupakan kuasa mutlak Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“Maka pandangan parti hanya boleh diberikan tetapi tentunya seseorang yang menasihatkan Agong mempunyai pertimbangan mengikut perkiraan yang ada pada dirinya,” tambah beliau.

Minggu lalu Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Mohamad Hasan, meminta Perdana Menteri mempertimbangkan untuk segerakan PRU15, susulan kemenangan bergaya gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, pertimbangan itu mengambil kira sentimen rakyat yang ketika ini dilihat bersama Barisan Nasional (BN).

No comments: