Anda lengkap dua dos vaksin? Ini kelonggaran SOP yang perlu anda tahu

 Anda lengkap dua dos vaksin? Ini kelonggaran SOP yang perlu anda tahu


Rentas daerah dibenarkan, hanya tunjuk sijil digital vaksin lengkap kepada pasukan penguatkuasa di sekatan jalan raya. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diberikan kepada penerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 pada Ahad, sudah tentu melegakan rakyat.
Bagaimanapun, kebenaran itu hanya terpakai buat penerima dos lengkap yang melepasti hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua (Vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac).
Manakala bagi penerima vaksin satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino) perlu melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan.
Ini perkara yang anda perlu tahu dalam pengumuman Perdana Menteri itu.
1. Untuk semua negeri dalam PPN:
- Pengembara warganegara/bukan warganegara termasuk Pemastautin Tetap atau peserta Malaysia MY Second Home) dan lengkap vaksin dibenar kuarantin wajib di rumah guna HSO digital.
- Pasangan jarak jauh (PJJ) lengkap dua dos dibenarkan rentas daerah dan negeri bertemu pasangan masing-masing.
- Ibu bapa lengkap dua dos dibenar rentas daerah/negeri berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.
- Aktiviti solat di masjid dan surau dibenarkan untuk penerima lengkap dua dos vaksin sahaja. (Juga terpakai bagi rumah ibadah bukan Islam.)
2. Aktiviti sosial untuk negeri Fasa 2 dan 3 PPN:
- Rentas daerah dibenarkan, hanya tunjuk sijil digital vaksin lengkap kepada pasukan penguatkuasa di sekatan jalan raya.
- 'Dine-in' di restoran, kedai makan, club house dibenarkan. Pelanggan perlu tunjuk sijil digital vaksin lengkap.
- Pengusaha premis kedai makan diminta menyediakan lebih banyak ruang makan di bahagian luar premis bagi memastikan pengudaraan lebih baik.
- Anak di bawah 17 tahun boleh dibawa 'dine-in' tetapi perlu mematuhi SOP ketat.
- Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan dibenarkan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.
- Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house tidak dibenarkan.
- Jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya dibenarkan.
- Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan melibatkan 'homestay' dan hotel untuk penerima lengkap dua dos vaksin.

No comments: