10 KALI MESYUARAT TAK HABIH HABIH LAGI KAH- NAMPAK TAK TAK BERMAYANYA UMMO? nak keluar tak jadi keluar...kah...kah....kah

 


MKT UMNO mesyuarat hari ini , perhalusi pendirian dan tindakan - Presiden


Astro Awani
MKT UMNO mesyuarat esok, perhalusi pendirian dan tindakan - Presiden
Ahmad Zahir berkata mesyuarat itu bagi memperhalusi pendirian dan tindakan parti untuk mendepani situasi politik semasa. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: UMNO akan mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) secara dalam talian petang ini , 3 Ogos.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, ia bagi memperhalusi pendirian dan tindakan parti untuk mendepani situasi politik semasa.
“UMNO amat prihatin dengan isu-isu semasa yang berlaku terutamanya menyentuh krisis hubungan antara Istana dan kerajaan, pencabulan terhadap Kedaulatan Institusi Raja, Keluhuran Perlembagaan dan pemandulan terhadap amalan Demokrasi Berparlimen,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
UMNO sebelum ini mengumumkan menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun masih menyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara pada Khamis lalu, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Ahli-ahli Parlimen supaya memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara pada sesi sidang Parlimen yang kini sedang berlangsung untuk mencari penyelesaian terhadap pelbagai masalah yang dihadapi rakyat dan negara ketika krisis pandemik COVID-19 ini.

No comments: