Kenapa PN halang ahli Parlimen masuk Parlimen?

 

Oleh Roketkini

Ahli-ahli Parlimen DAP mengecam tindakan Kerajaan PN menghalang ahli-ahli Parlimen daripada memasuki Parlimen hari ini. 

Menerusi laman Twitter, mereka mempersoalkan kewajaran pasukan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menghalang ahli-ahli Parlimen pembangkang berarak ke Bangunan Parlimen. 

Ahli Parlimen Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat dihalang masuk ke Parlimen untuk hadir mesyuarat. 

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah bila ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat hendak masuk Parlimen untuk hadir mesyuarat, Kerajaan PN kerahkan FRU untuk menghalang ahli Parlimen menjalankan tugas. 

“What a shame (memalukan),” katanya. 

Media melaporkan, usaha ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk berarak ke Bangunan Parlimen dihalang oleh FRU di bulatan berhampiran Dataran Menara. 

Ahli-ahli Parlimen pembangkang ketika berkumpul di Dataran Merdeka

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran turut mengongsikan laporan berita berhubung halangan FRU tersebut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di Dataran Merdeka.

Beliau berkata: “Lihatlah Kerajaan PN. 

“Tidak membenarkan ahli Parlimen memasuki Parlimen, tidak membenarkan kita melakukan tugas kita, tidak membenarkan semak dan imbang, tidak membenarkan soalan mengenai Covid-19… Tidak membenarkan proses demokrasi,” katanya. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana dihalang daripada memasuki Parlimen. 

“Tak puas hatilah… Nak pergi Parlimen tapi sampai nak FRU bagai kenapa?” soalnya. 

Tun Dr. Mahathir ketika berucap di Dataran Merdeka

Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii berkata, Parlimen yang sepatutnya menjadi tonggak demokrasi telah ditutup. 

“Kita sayangi anggota polis dan FRU kita, mereka hanya mengikut arahan… Tapi kita harus tidak lupa dari mana arahan itu datang…,” katanya. 

No comments: