MEREKA CUMA IKUT KERAJAAN PENGKHIANAT DAN DERHAKA SAHAJA- SIAPA DERHAKA ?

 

Presiden MIC ‘taasub’ kerajaan PN, sampai tak endah institusi raja, kata Khaleed





Mohamed Khaled Nordin berkata, Presiden MIC SA Vigneswaran perlu memahami bahawa negara sedang berhadapan dengan krisis Perlembagaan.

PETALING JAYA: Presiden MIC SA Vigneswaran gagal memahami bahawa tindakan kerajaan dalam membatalkan Ordinan Darurat menyebabkan berlaku krisis Perlembagaan, dan merupakan satu keingkaran terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, kata Mohamed Khaled Nordin.

Naib Presiden Umno itu berkata, sekalipun Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Agong hendaklah bertindak atas nasihat atau setelah mempertimbangkan nasihat Kabinet atau perdana menteri, baginda masih mempunyai kuasa budi bicara seperti diperuntukkan bawah Perkara 150 (2B) yang dibaca bersama Perkara 150(3) berhubung perkara berkaitan pengisytiharan dan pembatalan darurat.

“Kita mengakui bahawa senarai Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen disediakan oleh pihak kerajaan dan bukannya institusi istana.

“Namun, presiden MIC gagal untuk mengambil maklum bahawa peranan Agong bawah Perkara 150 (2B) dan (3) adalah jelas. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang menyaksikan Agong sebagai Ketua Negara.

“Dalam sistem Raja Berperlembagaan, Agong mempunyai peranan untuk mengukuhkan keabsahan demokrasi di dalam negara dan titah baginda mesti dijunjung,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, bekas Yang Dipertua Dewan Negara itu pada Sabtu dilaporkan berkata, adalah “sangat tidak perlu” bagi Ahli Parlimen membahaskan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat pada Isnin kerana tempoh Ordinan Darurat itu akan berakhir Ahad.

Beliau berkata: “… ia akan hanya mensia-siakan masa yang diberikan untuk anggota Parlimen di Parlimen memulakan protokol dan prosedur ke arah membangunkan kembali negara ini.

“Persidangan Parlimen memberikan peluang kepada negara untuk menyusun semula dan menetapkan hala tuju negara kita, yang malangnya telah terganggu,” katanya.

Khaled berkata, benar ungkapan Vigneswaran bahawa kita sedang “indeed treading on uncharted waters”, oleh yang demikian, presiden MIC perlu memahami bahawa negara sedang berhadapan dengan krisis Perlembagaan.

Katanya, isunya sekarang adalah tentang tindakan seorang menteri yang mengelirukan Parlimen dan masyarakat awam dan ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara, dan tiada pihak yang boleh mengatasinya. Sebagai sebuah negara, kita mesti menghormati peranan dan fungsi Agong, dan membiarkan pihak yang gagal memahami perkara ini adalah satu tindakan membuka jalan yang mengancam institusi raja berperlembagaan,” katanya.

Khaled berkata, pandangan presiden MIC itu bahawa tiada keperluan untuk membahaskan Ordinan Darurat dan menyatakan bahawa persidangan khas Parlimen kali ini adalah bertujuan membahaskan Pelan Pemulihan Covid-19 dan isu yang berkaitan dengan pandemik juga jelas menunjukkan ketiadaan pemahaman yang jelas pada pihak beliau berkenaan kesan Ordinan Darurat ke atas kehidupan rakyat.

“Ordinan tersebut mengandungi undang undang yang memberi kesan secara terus ke atas kehidupan rakyat dan mempunyai peranan kritikal dalam pengurusan pandemik.

“Tambahan pula, dalam kenyataan dikeluarkan oleh Agong berhubungan dengan pembukaan Parlimen, baginda menggesa agar Parlimen dibenarkan untuk dibuka bagi membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

“Namun, agenda persidangan khas tersebut telah mengeluarkan usul untuk membahaskan Ordinan Darurat, yang bercanggah dengan perkenan Agong dan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

No comments: