Ujian saringan COVID-19 percuma penyumbang jumlah kes positif tinggi di Selangor - Menteri Besar

 

Umavathi Ramayah
Ujian saringan COVID-19 percuma penyumbang jumlah kes positif tinggi di Selangor -  Menteri Besar
Amirudin Shari menjelaskan, saringan itu dibuat bagi mengesan kes-kes positif bagi mengelak silent carrier dan memutuskan rantaian perebakan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan, pelaksanaan ujian saringan COVID-19 secara percuma adalah antara penyumbang kepada jumlah kes positif yang tinggi di negeri itu.
Menurut bedliau, menerusi saringan percuma yang dilakukan di daerah Gombak dan Hulu Langat sejak 8 Mei hingga 20 Mei lalu, 1,171 individu berkemungkinan positif COVID-19."Saringan ini dibuat bagi mengesan kes-kes positif bagi mengelak silent carrier dan memutuskan rantaian perebakan.
"Namun, usaha ini adalah perlu bagi memastikan individu positif tidak menyebarkan virus tanpa disedari,," katanya dalam kenyataan yang dikongsi di akaunTwitter.
Menurut Amirudin, setakat ini sebanyak 14 kawasan di dua daerah Gombak dan Hulu Langat telah melakukan saringan percuma berkenaan.
Menurutnya, kira-kira 20,000 individu di dua daerah terbabit hadir menjalani ujian saringan COVID-19 secara percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor sehingga Khamis.
Sejak seminggu yang lalu, negara digegarkan dengan berita kenaikan kes COVID-19 yang sangat membimbangkan dengan Selangor mencatatkan negeri tertinggi dengan lebih 2,000 kes positif harian sejak beberapa hari lalu.
Image


No comments: