Menteri PH ranapkan negara – Najmil

 

By

 Wartawan MalaysiaGazette

 -

 21 May 2021


MGF22022018_KonvensyenPerdanaWadiraFELCRA12


Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Kejayaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytiharkan peningkatan dividen kepada 3.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu berbanding dengan 2.5 peratus pada tahun 2019 menunjukkan kelemahan di bawah pentadbiran Menteri Pertahanan ketika itu, Mohamad Sabu.

Ini menunjukkan LTAT d bawah pentadbiran Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu mencatatkan untung bersih yang tinggi mencecah RM229 juta walaupun berdepan cabaran kelembapan ekonomi kerana wabak Covid-19.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, ketika zaman Mohamad atau lebih dikenali, Mat Sabu, dividen LTAT hanyalah 2.5 peratus dengan untung bersih RM91.7 juta pada 2019.

“Itu pun selepas mereka menjual aset strategik LTAT seperti Hotel Royal Chulan milik Boustead dijual kepada Singapura dengan harga rendah dari pasaran.

“Yang mereka tahu hanyalah menyalahkan kerajaan BN kononnya pentadbiran kerajaan lepas menyebabkan prestasi kewangan LTAT buruk,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya di sini.

Najmil Faiz yang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu berkata, sebab itulah perlunya perancangan strategik untuk memulihkan kewangan dan perkara ini dapat dilakukan pada peringkat negara janya jika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.

“Menteri BN membina negara, Menteri PH meranap negara.

“Itulah beza antara BN dan PH. Tahniah Dato Seri Ismail Sabri Yaakob!” tulisnya

 

No comments: