MALAYSIAKU DAH MACAMERBA DIBAWAH KERAJAAN TEBUK ATTAP



 Ismail Sabri bagitahu akan ada pengumuman dari Perdana Menteri nanti berkenaan PKP

Betul pengumuman di buat oleh pejabat Perdana Menteri secara kenyataan Media
Tapi Pejabat Perdana Menteri umumkan ialah Ismail Sabri akan umumkan pada besok 22 hb
Hahaha haha apa benda lah PM malaysia kita ni
Menteri kanan kata Pm umum
PM KATA MENTERI KANAN AKAN UMUM
MACAM ADA TAK KENA DAN PERMAINAN POLITIK JUGA DALAM NAK UMUM PKP



Apa dah jadi di Malaysia? Rakyat sentiasa di persalahkan dek kerana covid meningkat sedangkan vvip dengan mudah anjur majlis sana sini, bawa 2 buah bas yang membawa pelancong dari Alor Setar, Kedah ke Genting Highlands, Pahang yg mengakibatkan covid di Kedah meningkat tetapi kerajaan tebuk atap kata pelancung judi genting ikut SOP?

Dari Kedah ke Pahang rentas negeri & daerah di katakan ikut sop, manakala rakyat pantai timur pula di saman hanya nak melawat mak ayah di kampung ?

Ini kedengaran tebuk atap kata sykt yg nak sumbang 2 juta vaksin ke Pulau Pinang adalah sebuah sykt tak berdaftar & scam tetapi dalam diam menghubungi Yong Chee Kong minta bagi duit beli vaksin covid melalui Pharmaniaga?

Apakah tebuk atap ini takut rakyat tahu harga vaksin sebenar hingga terkait kepada kelulusan bajet vaksin dalam pengumuman bajet 2021 tahun lepas sehingga akhirnya terbarai kumpulan wang amanah negara di ambil secara sembunyi sedangkan peruntukan bajet dh pun di bentang pada hujung tahun 2020!

Kerajaan Tebuk atap ini yg di perintah oleh Bersatu, Umno, Pas dll ternyata dah hancur & gagal!

Rakyat bukan tak takut akan covid, bukan tidak risau akan kematian. Rakyat sehabis baik jaga diri masing2. Tapi kayangan vvip itu berkelarah ke sana sini, jaga setiap inci kroni & konglomerat agar tidak rugi. Contoh ketara yg paling mudah rakyat nampak, hajah lopa datang ke Nilai beli karpet langgar sempadan N9...Selangor...KL pun peguam negara tebuk atap kata tidak melanggar sop.

Rakyat di suruh duduk rumah, rakyat bongkarkan kes kunjungan raya tuan rumah di denda RM20000 manakala setiap tetamu di denda RM5000 pun tebuk atap ni kata fitnah hingga menyaman kembali rakyat yg mendedahkan di media sosial. Masjid di hadkan 50 orang, tapi pasaraya buleh pula di buka.

Ribuan para peniaga bazar ramadhan rugi, ada yg terpaksa berhutang dgn pembekal. Lagi 2 hari nak raya, semua bazar di suruh tutup. Jual burger depan rumah pun di kejar dek kerana tak jaga sop.

Tidak pula rakyat dengar kluster pusat judi genting highland yg menyebabkan covid meningkat di Kedah. Semua di persalahkan atas rakyat semata.

Jadi rakyat sekalian, apa macam...sedap rasa najis yg tebuk atap ciritkan ? Bukankah ada antara kalian bergegar melaung takbir & kununnya kerajaan Melayu & Islam?

Banyak nak cakap...terlalu banyak kebejatan yg berlaku. Tapi...lantak pi lah!!!

PH dh memerintah, buat muka palat kemudian bertindak sbg "deep state" kunun nak jadi juara melayu islam. Melayu islam apa...pusat judi genting di benarkan beroperasi atas nama pelancongan manakala masjid di buat pula sbg sasaran covid bergerak ?

Bukan rakyat tidak tahu akan masalah covid dan kesannya. Tapi rakyat dh menyampah dua set perundangan berbeza antara kasta rakyat & kayangan.

Yang berkarya:

Gino Marvela aka Gin Marvel.

 

No comments: