APABILA PAS SESAT MEMILIH KAWAN


May be an image of one or more people, people sitting and text

Inilah komen yg keluar dari lebai Hadi selepas dia dan partinya disindir dan dibuli semahunya dlm himpunan agung umno baru2 ini. Soalannya, siapa yg melakukannya?

Sewaktu partinya berada dlm PR dulu, pernah tak partinya diaibkan sedemikian rupa dlm kongres atau konvensyen Dap atau Keadilan di hadapannya sendiri sebagai tetamu? Tidak pernah. Cuma ini berlaku dlm himpunan agung Umno iaitu rakan muafajat nasionalnya sendiri.

Parti Pas kata, tujuan Muafakat Nasional adalah untuk menyatukan melayu dan islam. Umno pun kata perkara yang sama kerana kononnya mahu lawan Dap.

Nah, sudah bersatukah mereka? Umno tolak Bersatu. Pas pula bersama Bersatu tapi mahu juga kepada Umno. Malangnya, umno perlakukan Pas sedemikian rupa di khalayak ramai. Adakah ini yang dikatakan penyatuan melayu islam?

Tanpa Keadilan dan Dap pun, melayu tidak boleh bersatu kerana apa? Ianya adalah kerana tiada keikhlasan di antara mereka. Sebab itu gabungan mereka tidak berkat dan tidak pernah aman.

Pas lebih selamat dan dihormati oleh rakan sewaktu berada dalam PR dulu. Di bawah PR, negeri yg PR perintah, tetap ada Exco dari Pas dilantik sebagai tanda rakan. Samada di P.Pinang mahu pun di Selangor ketika itu.

Sekarang Pas bersama MN kononnya. Di Pahang, ada tak Adun Pas dilantik jadi Exco? Di Kelantan dan Tganu, ada tak Adun Umno dilantik jadi Exco? Itukah yang dikatakan muafakat? Masing-masing lepas tengkuk masing2.

Umno dengan stail Umno, masih perasan partinya kuat. Pas pula bermain dua kolam asalkan Pas untung. Prinsip sudah ke laut.

Alhamdulillah, Keadilan tetap istiqomah dan tidak mudah menjual prinsip. Pelacur politik yang ada dalam Keadilan telah berhijrah ke rumah sebelah sana yang penuh sarat dengan pelacur2 politik.

WFAUZDIN NS