Berbicara dalam sesi wacana ‘Democracy Forum’ atas tema
“Charting the Future of Parliamentary Democracy in Malaysia” anjuran
International Strategy Institute (ISI) di Kuala Lumpur pagi tadi yang turut
melibatkan tokoh-tokoh lain.
Saya bangkitkan soal demokrasi di Malaysia yang malap dan
terkubur ekoran penggantungan sidang Parlimen, dan tekankan juga bahawa aspek
semak imbang terus terancam di bawah pemerintah sekarang.
Saya juga sentuh isu kemiskinan dan kesenjangan yang semakin
meruncing saat ini kesan dari wabak COVID-19. Saya juga berikan beberapa angka
kemiskinan yang membimbangkan melibatkan kaum Melayu dan Bumiputera, komuniti
Cina, masyarakat India serta kaum etnik Sabah dan Sarawak yang perlu
diwacanakan dengan lebih terperinci.
Masalah rasuah dan kebejatan juga terus menghakis keyakinan kita
pada institusi-institusi kerajaan dan etika kebertanggungjawaban. Agensi atau
suruhanjaya yang berkaitan harus dicukupkan sumber serta diberi kebebasan untuk
menjalankan tanggungjawab dalam membanteras gejala rasuah dan penyelewengan.