ATUL ZBN
Pabila nafsu menguasai akal....minda akan nakal selari
difikirkan....perbuatan serta kelaku selalu dihalalkan.....rebah dan rugi siapa
mahu peduli.....yg penting matlamat politik aku jgn siapa berani hentikan.....
Membaca itu menjadikan akal,minda,pemikiran menjadi seiringan
jika dibaca sesuai penulisan...
"Perangai pegawai Menteri berotak bingai..."
ADAKAH PN LEBIH TERUK DARI BN...?
Sebenarnya saya terkejut dgn statement pemilik Karangkraf, Dato
Dr Hussamuddin di tweetnya. Terkejut kerana beliau tidak pernah menzahirkan
perkara sebegitu sejak mengenalinya 28 tahun dahulu.
Bekas majikan ini setahu saya beliau tidak berminat campurtangan
urusan politik. Baginya yg penting perniagaannya maju. Siapa jadi kerajaan
baginya tidak penting asal boleh membawa ekonomi dgn baik utk ahli perniagaan
sepertinya.
Saya menjadi saksi sebenarnya fokus syarikat ini apa sahaja yg
boleh dijual mendatangkan keuntungan itulah yg dijual. Produk2 yg ingin
dihasilkan mestilah mempunyai demand dari masyarakat.
Contoh Eksklusif dahulu pernah terjual hampir 500 ribu naskah
seminggu. Ketika itu kemuncak Reformasi 1998. Media sosial seperti FB, Tweet
masih belum ada. Jadi akhbar seperti Eksklusif dan Harakah sgt2 dinantikan
rakyat Malaysia.
Sebagai ahli perniagaan beliau sgt bijak mengambil kesempatan
utk mengeluarkan akhbar mingguan tersebut. Apa sahaja cerita Anwar Ibrahim
sebagai Lead story ( muka depan ) return hanya 2-3% sahaja. Tapi jika
meletakkan cerita mengenai Mahathir ( ketika itu PM ) atau pemimpin kerajaan
ketika itu pastinya return banyak. Lalu Eksklusif dulu juga sering ditegur
mengenai perkara tersebut oleh KDN agar berita mesti lebih seimbang.
Bila mengetahui beliau tidak berminat dgn politik, aktiviti
politik saya ketika bertugas dulu saya byk sembunyikan. Saya hanya merujuk kpd
Datuk Fikri utk kami berbual mengenai politik semasa.
Akhbar Sinar Harian pernah dituduh akhbar pro pembangkang. Pelik
bagaimana anggapan tersebut boleh berlaku. Sebaliknya jika beberapa lead dari
pemimpin2 kerajaan... ia dianggap pula akhbar pro kerajaan atau sudah dibeli
kerajaan oleh pembangkang ketika itu
Penerbitan awal Sinar Harian 4 peneraju Editorial yg awal adalah
Allahyarham Datuk Hj Fikri Yaakob (Penasihat Editorial), Allahyarham Datuk
Jalil Ali (Ketua Pengarang), Allahyarham Jalil Yusop (Pengarang Berita) dan
saya sendiri (Pengarang Rencana).
Tidak pernah kami berempat meeting di pejabat Sinar Harian di
Pengkalan Chepa... akhbar ini utk siapa mana2 parti .Malah Datuk Hj Fikri
mencadangkan akhbar ini berkonsepkan akhbar negeri dan daerah (komuniti).
Menurut beliau konsep ini sgt berjaya di negara Jepun. Oleh
kerana akhbar ini diterbitkan awal di Kelantan dan Terengganu, fokus kami fokus
isu2 tempatan. Akhirnya konsep akhbar komuniti ini berjaya apabila dlm tempoh 3
minggu ia telah mengatasi jualan Harian Metro, akhbar terlaris di Kelantan
ketika itu.
Apabila bekas bos saya ini begitu berani menulis di Tweet
menzahirkan ketidakpuasan hatinya pasti ada sesuatu yg membuat beliau benar2
marah. Sebab sebagai ahli perniagaan saya melihat beliau sejak dulu akn mesra
dgn goverment of the day.
Utusan Malaysia adalah akhbar pertama di Malaysia ketika
kerjaaan bertukar. Kenapa ia terjadi? Kerana akhbar tersebut dilihat seolah
olah terikat dgn kerajaan memerintah. Apabila media sosial menguasai media dan
minda rakyat... akhirnya akhbar itu yg pertama ditutup kerana ia dilihat
sebagai akhbar pengampu kerajaan.
Media mesti bebas... Rakyat berjuang utk kebebasan. Jika kita
dikongkong hanya mesti mengikuti pemerintah apa bezanya negara kita dgn junta
Junta Tentera Myanmar.
Akhir kata saya sgt simpati dgn bekas majikan saya. Ia adalah
peristiwa hitam media negara yg seolah ingin dikawal dgn pelbagai ugutan.
Benarlah apa dikata... PM kita lihat perangai pegawai2 mereka itu yg mungkin
lebih sudu dari kuah.
.....
Lepas baca dan faham gua mesti copy....