ZAHID DAN NAJIB YANG KINI SUDAH TIDAK DIPEDULIKAN LAGI.UMNO MENUNGGU REBAH KERANA PIMPINAN LEMAH DAN RASUAH....

 

 

NORAN RADZUAN


PRESIDEN & X PRESIDEN MENGHITUNG HARI

 Image result for NAJIB ZAHID

Tiada lagi suara-suara  samada dari pemimpin, pemuda dan Cybertrooper UMNO mempertahankan Najib mahu Zahid yg menjadi Presiden UMNO ketika ini. Malah ada Exco Pemuda sibuk membela TS Muhyiddin yang teruk dikritik netizen tetapi bukan Presidennya sendiri.

 

Seperti kita maklum UMNO sedang dalam proses 'dihijack'. Sebelum kita melihat pergi jauh... lihat sahaja ketika ini kerajaan PN telah pun menghijack 'logo BN'. Seolah olah ada cubaan mengelirukan pengundi BN.

 

Dari tahun lepas saya meramalkan UMNO akan dihijack dengan pelbagai cara sebagai pra syarat utk kerajaan PN meminta Agong utk membubarkan Parlimen. Selagi belum terjadi selagi itulah jangan bermimpi Parlimen akn dibubarkan.

Siapa sangka Najid dan Zahid yg dulu dipandang hebat dan digeruni sebagai orang nombor satu dan dua negara kini seolah olah tidak dipedulikan. Yang menyedihkan di kalangan pimpinan tinggi UMNO yang berada di dlam kabinet Muhyiddin sendiri seolah olah tidak bersama Presiden. Arahan Presiden seperti tidak diambil peduli oleh pimpinan.

 

Suara pemuda yang dulu gagah perkasa kini kelihatan sepi membela Presiden mereka. Kejadian ini boleh la diangap buat pertama kalinya berlaku dlm sejarah UMNO.

 

Begitulah kehidupan.. apabila kita meraih kesetiaan dengan memberi rasuah jawatan dan projek.. apabila kita hilang kuasa maka hilanglah kesetiaan. Mana kawan-kawan  dulu? Mana anak-anak  muda yang sanggup mati hidup bersama Presiden?

 

Hilang kuasa hilanglah kawan, saudara dan pengikut. Selama hari ini mereka mendapat kawan atau pengikut yg hanya mahukan pangkat, kuasa dan RM sahaja...dunia tipu-tipu.

 

Andaikata Najib dan Zahid didapati bersalah dan disumbat ke dlm penjara... maka berakhirlah kisah dua lelaki paling berkuasa di negara ini. Ambil iktibar dari kisah ini...