Jika guna hujah Tuan Ibrahim, PAS dan UMNO pun patut diharamkan


Kenyataan Media oleh Ketua DAPSY Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali

Berhubung cadangan PAS agar parti DAP diharamkan berdasarkan tiga sebab yang diberikan oleh Timbalan Presiden parti itu, Tuan Ibrahim Tuan Man, saya menyifatkannya sebagai suatu cadangan yang sangat tidak beretika.

Dari ketiga-tiga contoh yang beliau berikan itu, ia tidak boleh dijadikan sandaran kukuh untuk cadangan tersebut kerana dakwaan beliau itu boleh disiasat, malah ianya kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa. Kita perlu menunggu laporan siasatan, ada undang-undang yang perlu dihormati oleh semua pihak.

Parti PAS seharusnya menumpukan usaha kerjasama politik mereka dengan UMNO, daripada sibuk mengganggu tugas-tugas pihak berkuasa yang sedang menyiasat, sebaliknya PAS seolah-olah sedang mendahului tugas polis. Ini sangat tidak beretika.

Jika saranan PAS mahu mengharamkan DAP atas hujah-hujah itu, saya kira UMNO dan PAS juga boleh diharamkan jika kita mengupas kembali sejarah parti-parti ini yang juga pernah menghuru-harakan negara.

Kita dapat lihat bagaimana kesan ‘Amanat Haji Hadi’ kepada ahli parti, penyokong dan masyarakat hingga hubungan masyarakat dan keluarga menjadi retak dan rosak akibat pengaruh ‘amanat’ itu. Hingga berlaku solat dua imam, perpecahan hubungan suami isteri, hingga berlaku serangan-serangan fizikal ketika itu. Kerajaan boleh saja mengharamkan PAS, tetapi tidak berlaku sedemikian.

Begitu juga dengan UMNO, kita semua dapat lihat bagaimana pemimpin-pemimpin elit mereka menggunakan kedudukan mereka menjarah harta rakyat hingga licin-licau. Elit-elit parti UMNO ini jugalah yang dipeluk oleh PAS, mereka ini juga yang membiakkan fahaman-fahaman perkauman sempit dalam setiap aktiviti politik mereka, di sekolah, di universiti hatta dalam jabatan kerajaan. Doktrinasi perkauman sempit UMNO ini membuat anggota masyarakat jadi kacau-bilau. 

Tetapi dari sejarah-sejarah ini, adakah wajar UMNO dan PAS juga diharamkan? Kita berpolitik ada etika. Ada perkara bersifat politik yang hanya berbeza pendapat dan pendekatan. Berlawan pun ada etika didalam gelanggang, hormatilah etika itu. Apatah lagi kita muslim, ada tauladan yang boleh kita ambil contoh iaitu Nabi SAW

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Kerjasama PH | Bincang dengan Ahli Parlimen tertentu, bukan parti - Anwar

Pakatan Harapan (PH) tidak berbincang dengan mana-mana parti untuk berkolaborasi namun bersama Ahli Parlimen tertentu yang berpegang teguh k...