Nabi S.A.W berurusniaga dengan Yahudi, bukan boikot
Ipoh Mali
Pagi tadi aku dapat sebaran whatsapp dari sahabat yang juga Ustaz, tulisan Ulama ISMA mengenai tindakan Nabi memboikot Peniaga Yahudi lalu membina Pasar mereka sendiri sebagai Hujah kepada promosi mereka memboikot barangan Non Muslim…
Bila Aku membaca tulisan terebut, Jelaslah berlaku penyelewengan fakta berkenaan tindakan Nabi tersebut.. Bukan sekadar mereka menyeleweng fakta, tetapi melakukan fitnah kepada Nabi..
Benarkah Nabi memboikot produk bukan Islam ? atau sebenarnya Nabi menentang tindakan Yahudi pada ketika melakukan amalan, riba, Penindasan dalam jual beli pada ketika itu ? Izinkan aku menjawab..Hari ini aku akan mengupas 2 peristiwa besar Nabi dalam membina ekonomi Ummat Islam..
2- PASAR BANI QAINUQA’ DAN PASAR MADINAH
Dalam Sirah Nabawiyah disebutkan bahwa di Madinah ,Ketika Nabi sampai di Kota Madinah, setelah dibina Masjid, Nabi telah membina pasar..
Di Madinah pada ketika itu aktiviti Ekonomi dan perdagangan dikuasai oleh sebahagian besarnya adalah milik bangsa Yahudi. Salah satu pasar paling besar adalah Pasar Banu Qainuqa’ milik Yahudi.
Ketika itu Masyarakat Di Madinah terutama kaum Auz dan Khazraj terikat dengan pelbagai penindasan ekonomi, Berlakunya kecurangan, sewa pajak yang tinggi,monopoli, perjudian dan amalan Riba yang mengikat mereka dengan Hutang Dengan cara-cara yang penuh penipuan (gharar dan jahalah)..
Lalu Bagi membebaskan mereka dari sewa pajak yang tinggi, belenggu hutang dan riba, Nabi membina sebuah pasar.. apa yang nabi lakukan ?
ضرب رسول اللّه صلّى اللّه عليه و سلّم قبة في موضع بقيع الزبير فقال: هذا سوقكم..
lalu Nabi membina Qubah(Khemah) lalu telah berkata Nabi..Inilah pasar kamu (هذا سوقكم..)
Marah dengan tindakan Nabi itu.. Datang lah Ka’ab Bin Asyraf tokoh yahudi pada masa itu diriwayatkan..
فأقبل كعب بن الأشرف فدخلها و قطع أطنابها..
Pada suatu ketika Ka’ab bin Asyraf datang memasukinya dan memotong tiang-tiangnya(Khemah) ..
Disebabkan tindakan Ka’ab Bib Asraf itulah antara sebab Nabi ﷺ melafazkan kata..
قال رسول اللّه صلّى اللّه عليه و سلّم: لا جرم لأنقلنّها إلى موضع هو أغيظ له من هذا..
Telah berkata rasululullahﷺ :
” aku akan memindahkannya(Pasar) ke tempat yang akan membuatkan mereka lebih marah daripada ini “
فنقلها إلى موضع سوق المدينة، ثم قال
” هذا سوقكم، لا تتحجروا، و لا يضرب عليه الخراج” .
Setelah kubah itu dipindahkan ke tempat Pasar Madinah, beliau bersabda,
” Ini adalah pasar kamu, jangan sempitkan( membina bangunan) dan jangan membebankan sewa pajak/Cukai atasnya..”
Begitu juga satu riwayat satu surat yang ditulis Umar Ibnu Aziz di madinah..
قرئ علينا كتاب عمر بن عبد العزيز بالمدينة:
” إنما السوق صدقة فلا يضربن على أحد فيه كراء.”
“Pasar Itu adalah Sadaqah, janganlah kamu membebankan Mereka sewa kepadaseorang pun didalamnya.. “
“Pasar Itu adalah Sadaqah, janganlah kamu membebankan Mereka sewa kepadaseorang pun didalamnya.. “
Apa yang dilakukan oleh kaum Yahudi pada masa itu memberikan mereka 2 Kepentingan , mereka mahu menguasai pasar dengan riba untuk mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan mendapat kekayaan yang melimpah.
( al-Rahiq Al Makhtum)
Berdasarkan riwayat ini jelas Nabi bukan membina pasar bertujuan memboikot produk yahudi, tetapi ia bagi membebaskan penduduk Madinah dari penindasan, monopoli dan Cukai yang tinggi..
3- KISAH NABI DAN TELAGA RAUMAH.
Setelah Setahun lebih Rasulullah ﷺ datang ke kota Madinah, Berlakunya musim kemarau, yang mana kaum Petani ,pengusaha Ladang tamar, kaum muslimin pada masa itu begitu susah untuk mendapatkan air bersih dan jernih, Kebetulan Kaum Muhajirin sudah biasa mendapatkan bekalan air bersih dari telaga Zam zam sebagai air minuman mereka…
Mereka hanya boleh mendapatkan nya kecuali dengan cara mereka membelinya daripada telaga milik seorang yahudi. Yang dikenal sebagai bi’r raumah karana dalam riwayat
telaga itu dimiliki oleh seorang yahudi yang bernama Raumah dan hari ini peninggalan telaga ini masih boleh dilihat di madinah dan sekarang dinamakan bi’r Utsman…
telaga itu dimiliki oleh seorang yahudi yang bernama Raumah dan hari ini peninggalan telaga ini masih boleh dilihat di madinah dan sekarang dinamakan bi’r Utsman…
lalu Nabi bersabda kepada Sahabat,
مَنْ يَشْتَرِي بِئْرَ رومَةَ فَيَجْعَلَ دَلْوَهُ مَعَ دِلَاءِ المُسْلِمِينَ بِخَيْرٍ لَهُ مِنْهَا فِي الْجَنَّةِ..
“ Barang siapa yang membeli telaga Raumah dan menjadikan ianya miliknya bersama dan milik Kaum Muslimin kedermawanan miliknya, maka kelak ia akan mendapat Syurga…”
Mendengar akan hal itu, Sahabat nabi yang sangat dermawan, Khalifah Utsman bin Affan berusaha membebaskan telaga itu untuk diwaqafkan kepada Ummat Islam..
Pada mulanya Utsman bin Affan menawarkan kepada Yahudi itu untuk memberli keseluruhan telaga tersebut.. tetapi ditolak oleh yahudi tersebut kerana telaga itu adalah sumber pendapatan utamannya..
Hasil kebijaksanaan Utsman bin Affan berunding, Akhirnya Saidina Utsman bin Affan menawarkan 12,000 Dirham untuk membeli separuh dari telaga raumah itu, dan digilirkan hari jual beli, iaitu sehari milik Utsman bin Affan, dan Sehari milik yahudi.. dan akhirnya cadangan ini dipersetujui ,
dan akhirnya bila tiba giliran Utsman bin Affan, Ia diberika secara percuma, ketika itu Utsman bin Affan menyuruh ummat islam mengambil air tersebut untuk tempoh bekalan 2 hari.. Atas strategi Saidina Utsman bin Affan menyebabkan penduduk Madinah tidak lagi pergi membeli bekalan air kepada yahudi tersebut bila tiba giliran harinya..
Dan akhirnya Yahudi itu menyerah kalah, Lalu Saidina Utsman bin Affan ditawarkan membeli keseluruhan Telaga Raumah, dengan jumlah 20,000 Dinar, bermakna Saidina Utsman bin Affan perlu membayar baki 8000 Dinar..
Dan akhirnya Telaga Raumah itu berjaya dibebaskan dan digunakan kaum Muslimin.. bukan saja Kaum Muslim hatta Yahudi itu sendiri boleh menggunakan air dan telaga tersebut untuk kebun Tamarnya…
Dari kisah ini apa pengajarannya ? Nabi menyuruh kita memboikot Yahudi.. Tidak sama sekali.. tetapi Nabi menentang penidasan dan Monopoli dan menganjurkan Ummat islam mewaqafkan hartanya untuk kepentingan Ummat Islam…
4- NABI MENENTANG RIBA DAN MONOPOLI EKONOMI
Jelasa dari 2 peristiwa tesebut, Menggambarkan bertapa hebatnya strategi Ekonomi Nabi.. Nabi tidak menentang kaum Yahudi berjual beli tetapi menentang sebarang bentuk penindasan, monopoli, Beban sewa pajak dan Riba…
Ummat Islam disarakan melengkapkan pengetahuan dalam ilmu Ekonomi agar kita tidak diperangkap dalam belenggu riba..
Sebagaimana Telah berkata Khalifah Umar (رضي الله عنه).
اَ يَتَّجِرُ فِي سُوْقِنَا إِلاَّ مَنْ فَقُهَ وَإِلاَّ أَكَلَ الرِّبَا. ذكره ابن عبد البر بهذا اللفظ.
ورواه مالك والترمذي بلفظ: لاَ يَبِعْ فِي سُوْقِنَا إِلاَّ مَنْ قَدْ تَفَقَّهَ فِي الدِّينِ.
ورواه مالك والترمذي بلفظ: لاَ يَبِعْ فِي سُوْقِنَا إِلاَّ مَنْ قَدْ تَفَقَّهَ فِي الدِّينِ.
“Hendaknya mereka tidak berdagang di pasar milik kita selain orang yang telah faham (berilmu), Nescaya ia tidak akan makan Riba ” dalam Lafaz lain didalam riwayat tarmizi, Janganlah Berjual Beli melainkan mereka yang mempunyai kefahaman dalam Agama”
(Lihat Mughnil Muhtaj )
Dalam Lafaz yang diucapkan oleh Saidina Ali Bin Abu Thalib (كرم الله وجهه) lebih kurang sama..
مَنْ اتَّجَرَ قَبْلَ أَنْ يَتَفَقَّهَ ارْتَطَمَ فِي الرِّبَا ثُمَّ ارْتَطَمَ ثُمَّ ارْتَطَمَ
“ Barangsiapa yang berdagang/Berurusniaga tetapi mereka belum memahami ilmu agama, maka mereka akan pasti terjerumus dalam riba, kemudian dia akan terjerumus ke dalamnya dan terus menerus terjerumus….”
Selain dari Riba Nabi juga mengingatkan Kelompok Kapitalis, Mereka yang memonopoli ekonomi dengan Sabdanya..
ا تلقوا الركبان ولا يبع بعضكم على بيع بعض ولا تناجشوا ولا يبع حاضر لباد. رواه البخاري ومسلم
“Janganlah kamu menghalang orang-orang kampung yang membawa barang dagangannya (ke pasar), dan janganlah sebahagian dari kamu mengkhianati penjualan sebagian yang lain, dan jangalan kamu saling menaikkan tawaran suatu barang , dan janganlah orang kota( Kapitalis) menjualkan barang dagangan milik orang kampung(sehingga menhilangkan sumber pendapatan asas mereka)…”
Riawayat Bukhari dan Muslim
5- BAGAIMANA KITA FAHAMI SIRAH NABI DALAM KONTEKS KITA DI MALAYSIA ?
Jelas dari hadis hadis ini bagaimana Nabi sendiri menjaga hak semua Ummat Islam hatta bukan Islam dari sebarang bentuk penindasan, Riba dan Monopoli, hatta menjaga hak barang dagangan orang kampung dari dimonopoli kelompok Kaptalis, bagi memahami konteksnya di Malaysia, jangan memberikan hak pembalakan kepada Kapitalis lalu menghilangkan sumber pendapatan orang Asli.. Mahu pun projek menambak laut lalu menghilangkan hak dan pendapatan nelayan….
Nabi juga melarang kita dari Memonopoli dan barang dagangan sebagaimana sabda Nabi iaitu memonopili dan menimbunkan barang dagangan..
من احتكر فهو خاطئ
” Barang Siapa yang Menimbunkan Barangan, Mereka telah Melakukan Dosa..”
Hari ini jelas, Sebahagian besar apa yang dilakukan Nabi.. telah dilakukan Kerajaan hari ini dan terdahulu.. Ada sistem Perbankan yang dulunya bergantung kepada sistem Riba, lalu hari ini adanya sistem perbankan Islam, Dulu hanya ada kaunter Saham yang tidak kita tahu halal haramnya, hari ini Sudah ada kaunter saham Syariah, Dulu tidak ada Takaful, Insuran dan sistem Pajak gadai Islam.. hari ini telah dilaksanakan dengan Jayanya..
Jika dulunya peniaga Kecil berantung dengan pinjaman ceti dan Ahlong, hari ini kerajaan , Institusi Zakat telah memperkenalkan pelbagai bentuk Pinjaman Mudah dengan pelbagai dana bagi peniaga kecil dan Petani..Mungkin tidak sempurna, tetapi ia telah dilaksanakan sepertimana dilakukan Nabi di pasar Madinah..
Bagaimana pula dengan Monopoli ? ya.. Dari kisah Telaga Raumah dan sifat dermawan Uthman Bin Affan, Kita dapat simpulkan apa yang dilakukan Saidina Uthman itu telah dicontohi Kerajaan Negeri Selangor yang diambil alih oleh Kerajaan Pakatan rakyat tahun 2008..
Setelah mengambil Alih Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negei cuba membeli Ikuiti atau Saham dalam syarikat perbekalan Air Selangor, Syabas dan Puncak Niaga, lalu diperkenalkan dasar air percuma untuk rakyat Selangor.. Bukan kah itu cara terbaik kita mencontohi Nabi..
Yang jadi Kapitalis Syarikat Air Selangor dahulu bukannya Yahudi, Atau Cina.. tetapi pemiliknya Melayu Tan Sri Rozali Ismail ,kroni kepada rakan tawwun PAS dan UMNO.. Begitu juga monopoli Gula.. Dizaman Syarikat bekalan gula dikuasai Robert Kuok arga gula sekitar Rm 1.40 sen, dan hari ini bila dimiliki Syed Mukhtar Bukhary harga gula mencecah RM 2.80.. Disi kita dapat lihat ada monopoli yang baik dan tidak..
Prinsip yang dipegang oleh ummat islam bukan soal dia Melayu atau Cina, yahudi atau Islam.. tetapi kita prinsipnya kita menentang monopoli,Riba dan penindasan, biar siapa pun mereka..
Dan hari ini apa yang cuba dilaksanakan Utsman Bin Affan, Membeli kepentngan Bir Raumah secara berperingkat, Cuma dilaksanakan Kerajaan Pusat PH hari ini.. iaitu berperingkap cuba membeli kepentingan dan Ekuiti dan Konsesi Tol dan Lebuh Raya.. bukan kah ini satu bentuk kita mencontohi Ekonomi Islam kebijaksanaan Nabi dan tokoh Korperat Saidina Uthman ?
Bagi kerajaan hari ini sepatutnya mencontohi Saidina Uthman untuk menyelesaikan pembiayaan perumahan, harga rumah dan keperluan rumah bagi Rakyat bagi mmemcah monopoli Kapitalis.. Bagi aku Sektor hartanah hari ini sau bentu Riba dimana kita diikat dengan Monopoli dan Diikat dengan Hutang dan Riba..
6- BENARKAH NABI BOIKOT URUSNIAGA DENGAN YAHUDI ?
Tidak benar sama sekali Nabi memboikot berurusniaga dengan Yahudi.. hatta ketika wafatnya Nabi..nabi masih berhutang dengan Peniaga Yahudi dengan menggadaikan Baju besi Perangnya dengan nilai 3 puluh Sha’ Gandum..
Tidak benar sama sekali Nabi memboikot berurusniaga dengan Yahudi.. hatta ketika wafatnya Nabi..nabi masih berhutang dengan Peniaga Yahudi dengan menggadaikan Baju besi Perangnya dengan nilai 3 puluh Sha’ Gandum..
Sebagaimana Hadis dari Saidatina Aisyah..
Dari ‘Aisyah (رضي الله عنها ), beliau berkata,
وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَ ثَالِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ ..
“Apabila Rasulullahﷺ wafat,
sedangkan baju perang beliau masih tergadai kepada seorang Yahudi dengan nilai tiga puluh sha’ gandum. ”
Dalam lafaz yang lain..
اشْتَرَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ يَهُودِيٍّ طَعَامًا بِنَسِيئَةٍ، وَرَهَنَهُ دِرْعَهُ
“ Rasulullah ﷺ membeli makanan dari orang Yahudi dengandengan cara jaminan dengan menggadaikan baju besi baginda…”
Riwayat al-Bukhari
Dalam Kitab Al Ahkam Al Sultaniyah karangan Imam Al mawardi.. dalam setengah riwayat yang dimaksudkan dengan baju besi itu..dengan nama al-Batra’, diceritakan bahwa baju besi tersebut pernah dipakai oleh al Husain bin Ali ketika beliau terbunuh. Kemudiannya.. baju besi itu diambil oleh Ubaidullah bin Ziyad..
Dalam satu lagi hadis, Dalam urusniaga melibatkan tanah..Nabi juga berurusniaga dengan Yahudi..
Hadith Abdullah bin Mas’ud (رضي الله عنه)
أَعْطَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْبَرَ اليَهُودَ: أَنْ يَعْمَلُوهَا وَيَزْرَعُوهَا، وَلَهُمْ شَطْرُ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا
“Rasulullah ﷺ memberikan tanah Khaibar kepada Yahudi untuk diusahakan dan untuk bercucuk tanam padanya, mereka telahmendapat setengah apa yang hasil daripadanya(Tanah)…”
Riwayat al-Bukhari
Bukan kah Jelas disini Nabi juga berurusniaga dengan yahudi ? bukan hanya dalam sektor pertaniah tetapi melibatkan urusniaga pebiayaan dan gadai janji..
7- PAS, ISMA DAN UMNO BERHENTILAH MELAKUKAN FITNAH ATAS NAMA NABI DAN ISLAM
Pesan aku kepada Ulama PAS,ISMA dan UMNO..berhentilah menggunakan sirah Nabi, Hadis Nabi melakukan fitnah atas nama Agama.. Jangan melakukan Fitnah aats Nabi Nabi..
Jika kamu mahu melakukan promosi barangan Muslim, Teruskan.. jangan Menfitnah Nabi memboikot barangan Yahudi.. Jangan jadikan kempen kebencian kaum dan Agama dalam urusniaga Muslim lalu meletakkan nama Nabi sebagai sandaran,
Yang kami bimbangi bukan nanti Imej PAS , ISMA dan UMNO itu rosak dan buruk.. tetapi fitnah itu akan memalit nama baik Nabi dan Islam..
Inilah yang telah diingatkan Sheikh Ali Jumaah tentang gambaran golongan Khawarij.. Mereka ini merosakan Islam dari dalam Islam itu sendiri, Itu sebabnya Nabi begitu keras menentang mereka.. Begitu jugalah ingat Sheikh Said Ramadhan Albhuti.. Bahaya kelompok yang menisbahkan dan menamakan diri mereka sebagai kelompok Islamiyyin lalu melakukan Fitnah atas nama Islam…
Bagi Ummat Islam berhati hati lah dengan kelompok Ashabiyah, Memang benar seruan mereka itu menegakkan Islam, menegak kan produk Islam.. tetapi bila mereka melakukan Fitnah.. seruan aats dasar kaum dan Agama.. ia adalah perkara yang dilarang dalam Agama dan Dibenci oleh nabi.. Nabi katakan..Campakkan jauh jauh..””fa’innahaa muntinah”
دَعُوهَا، فَإِنَّهَا مُنْتِنَةٌ…
‘ Tinggalkanlah (seruan tersebut) kerana itu perbuatan busuk/Jijik… ”
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Sebagaimana Kata Saidina Ali
“كلمة الحق أريدَ بها الباطل “
“Kalimah Yang Benar, Tetapi tujuan nya Bathil..