Setpol Anwar gagal dikesan, pengadu tarik balik aduan






Farhash Wafa Salvador. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis yang masih gagal mengesan setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador yang merupakan suspek utama dalam siasatan kes rusuhan di Ampang pada 31 Ogos lepas meminta beliau menyerah diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata, pengadu yang membuat laporan polis terhadap Farhash bagaimanapun sudah menarik semula laporan tersebut pada 5 September lalu.
“Kes akan dirujuk kepada pejabat pendakwa negeri untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Fadzil berkata, sehingga kini polis sudah membuat 5 tangkapan, termasuk pengadu yang kesemuanya bekerja dalam bidang kejurulatihan Muay Thai.


Kesemua suspek sudah ditahan reman bagi membantu siasatan. Empat suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ini.
“Manakala itu, seorang suspek akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Cheras kerana disenaraikan sebagai individu dikehendaki berkait kes dadah,” katanya.
Polis sebelum ini memaklumkan kejadian itu berlaku di sebuah kompleks sukan di Taman Dagang Permai dan melibatkan kira-kira 12 ke 14 orang.

Fadzil berkata, seorang pengadu mengalami kecederaan di bahagian tisu pinggang, luka di bahagian anggota badan dan sakit di bahagian kemaluan.


“Saya sedia untuk memberi kerjasama sekiranya perlu,” katanya.

Pada 4 Sept, 3 suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Suspek terdiri daripada 2 orang lelaki Melayu berumur 35 tahun dan 28 tahun dan seorang lelaki India berumur 26 tahun..
FMT.





No comments: