Anwar sedia berunding, krisis PKR akan berakhir
Pembangkang memainkan isu krisis dalaman PKR kononnya akan 0menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan berpecah.
Namun hal itu tidak akan terjadi kerana presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mengawal keadaan.
Terbaharu, Anwar dalam satu kenyataan menjelaskan beliau sedia berunding dengan pemimpin-pemimpin kanan PKR yang dianggap pro Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali.
“Kalau mereka (kumpulan bertentangan) perlukan masa dua hingga tiga jam berbincang dengan cara yang baik, saya tak ada masalah (bertemu dengan mereka).
“Saya sentiasa berjumpa ramai pemimpin di pejabat saya,” katanya dipetik.
Terdahulu, beberapa pemimpin utama parti itu tidak hadir ke mesyuarat Biro Politik yang diadakan beberapa kali dlaam sebulan.
Walaupun peringatan agar menghadiri mesyuarat telah dibuat, namun mereka terus ingkar dan memberi alasan kononnya terlibat dengan program-program lain.
Bagi sesetengah pihak, tindakan itu pemimpin-pemimpin ini bukan sahaja membantutkan perjalanan parti, tetapi juga isyarat ‘boikot’ mereka terhadap pemimpin utama parti itu sendiri.
Bagaimanapun, sebahagian penganalisis politik berpendapat kumpulan minioriti tersebut cuba membuka rundingan selamat selepas 90 peratus ketua-ketua cabang PKR menandatangani perisytiharan menyokong Anwar bulan lalu yang mengecilkan sokongan kepada pasukan Azmin Ali. – RF8 Media