MANA DULU, PH BUBAR ATAU WAK ZAHID KE SG BULOH



Kata Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, PH ibaratnya sedang mengalami gangren dan akan mati secara perlahan-lahan.
Menurut beliau, perkara itu adalah disebabkan krisis dalaman secara terbuka antara parti-parti komponennya.
Betulkah?
Adakah parti-parti dalam PH sedang berkrisis secara terbuka atau apa yang berlaku sekarang hanya perbalahan biasa saja?
Dalam BN dahulu, adakah parti-parti komponennya tidak pernah berkrisis secara terbuka?
Tidak tahu daripada maklumat mana Zahid Hamidi perolehi kononnya parti-parti komponen PH sedang berkrisis secara terbuka dan akan menyebabkannya mati secara perlahan-lahan.
Rasanya, semua perbezaan pendapat dalam PH adalah perkara biasa dan masih lagi ditahap normal ketika ini.
Tidak ada apa-apa yang luar biasa pun sebenarnya.
Apa tujuan Zahid Hamidi menggambarkan demikian?
Adakah beliau sedang memujuk lara hatinya yang kini berdepan 87 pertuduhan di mahkamah di mana masyarakat umum ramai mengatakan masa untuknya menuju ke penjara adalah tidak berapa lama lagi?
Kalau pun PH bakal mati secara perlahan-lahan, adakah Zahid Hamidi akan terselamat daripada ke penjara?
Atau beliau akan ke penjara lebih dahulu sebelum nasib buruk yang diramalkannya itu menimpa PH? (Shahbudindotcom 25/08/2019)

No comments: