Kemiskinan diukur dengan jumlah penerbangan?
- Saya sebagai anak Kelantan ingin membuat ulasan ringkas sepintas lalu mengenai Kenyataan YB Nik Amar, TMB Kelantan dan Kenyataan YB Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS. Mereka berdua mengeluarkan kenyataan yg paling lucu dan kenyataan retorik sekadar nak tunjuk prihatin.
- Pertama kenyataan TMB Kelantan yg mengatakan Kelantan dikatakan miskin tapi 65 penerbangan sehari.
Ilmu ekonomi dari mana kemiskinan diukur dari jumlah penerbangan sehari. He… he… he… geli hati rasanya.
Penumpang dari berbagai kelompok termasuk kakitangan kerajaan, profesional, ahli perniagaan dan berbagai golongan rakyat yg tidak semestinya semua rakyat Kelantan. Maka bagi Nik Amar yg naik kapal terbang hari-hari tidak miskin. Tapi yg tidak pernah naik kapal terbang Nik Amar tak kira ke? Hujah ini mengatasi segala pakar ekonomi dunia termasuk dari Harvard, Oxford, Stanford dan UniKL. Janganlah mempersendakan minda rakyat Kelantan yg ramai cerdik pandai.
Nik Amar juga berhujah orang Kelantan banyak tanah, kebun dan macam lagi termasuk reban ayam dan kandang lembu kot…? Kalau inilah hujah untuk menafikan kemiskinan rakyat, maka buat apa ada kerajaan atau rakyat mengundi untuk pilih kerajaan. Inilah yg dikatakan ‘ulat dalam batu pun boleh hidup’.
Kalau rakyat boleh makan pucuk rebung atau ubi kayu, maka tidak tergolong sebagai kemiskinan, mudah sangat lah jadi kerajaan. Tapi wakil rakyat dan yg memegang jawatan gaji puluhan ribu naik kapal terbang pun kerajaan yg bayar.
- Kenyataan YB Tuan Ibrahim pula mengesa untuk diadakan “kongres kemiskinan”. Kongres apa lagi YB Tuan Ibrahim. Berapa banyak sudah konvensyen, seminar, meja bulat dan kajian-kajian yg dibuat oleh universiti2, berbagai institusi penyelidikan termasuk kongres Bumiputera. Berlori2 sudah resolusi-resolusi yg dihasilkan. PAS memerintah lebih 25 tahun sehingga kini dan sebelum ini 18 tahun, nak Kongres apa lagi? Tak nak anjur ke Kongres nasib orang asli Ulu Kelantan.
Adakala bila baca kenyataan-kenyataan dari mereka yg sudah berkuasa dan adakalanya naik pening memikirkan. Bilakah mereka-mereka ini akan lebih kreatif dan inovatif. Sampai bila nak beretorik?
Reaksi ikhlas dari saya anak Kelantan jati yg terus kecewa dgn kemunduran rakyat dan negeri Kelantan, walau pun Kelantan kaya dgn berbagai sumber alam, budaya yg hebat, aneka makanan tersohor dan rakyat yg rajin dan ramai yg terpelajar. Pantai dan sungai yg indah.
Malangnya ada yg masih berfikir macam otak di lutut. Bodoh tak boleh diajar dan cerdik tidak boleh ditegur.
Nasib rakyat Kelantan dapat pemimpin ibarat Pahat dengan Penukul…
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Mantan Ahli Parlimen Pasir Mas,
Anak Jati Kelantan.
Presiden PUTRA & PERKASA
Mantan Ahli Parlimen Pasir Mas,
Anak Jati Kelantan.
Presiden PUTRA & PERKASA