JAWATANKUASA DISIPLIN PECAT HAZIQ TINDAKAN ADIL BUAT KEDUA-DUA PIHAK TANPA TEKANAN - TUDUHAN CHEGU BARD MENGARUT

Imej mungkin mengandungi: 15 orang, orang senyum, orang berdiri dan teks


Tahniah saya ucapkan buat Jawatankuasa Disiplin KEADILAN yang telah memberikan keadilan kepada Sdr Haziq Abdullah serta yang dituduh bersamanya iaitu YB Dato' Seri Azmin Ali di dalam isu pendedahan terbuka Sdr Haziq dan isu video intim di dalam sebuah hotel yang kini masih di dalam siasatan pihak Polis. Tahniah juga buat Biro Politik KEADILAN yang telah mengakui dan menerima keputusan Jawatankuasa Disiplin parti tersebut dengan sebulan suara.

Semalam, Biro Politik telah mengakui dan menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin parti yang telah memecat Sdr Haziq Abdullah, Ketua AMK Santubug dari parti kerana menyalahi etika parti apabila beliau membuat tuduhan terbuka terhadap Azmin, Timbalan Presiden KEADILAN kononnya terlibat di dalam rasuah tanpa mengemukakan sebarang bukti. Ini bererti parti bertindak ke atas Sdr Haziq kerana isu tuduhan rasuah beliau terhadap Azmin, itu sahaja.

Meskipun sejak awal isu pendedahan Haziq ini parti telah ditekan oleh beberapa pihak agar mengambil tindakan pecat terus Haziq, tetapi parti tetap berpegang kepada prinsip keadilan iaitu Haziq mesti diberi peluang untuk membela diri terlebih dahulu. Haziq telah diberi tempuh 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab oleh parti sebelum parti mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Inilah peraturan yang lazim digunakan oleh parti terhadap mana-mana ahli parti yang diadukan berkaitan isu disiplin, maka parti tidak boleh membuat perkara berbeza kepada Haziq. Tuduhan Chegu Bard kononnya keputusan parti semalam adalah tekanan dari akar umbi adalah satu tuduhan jauh meleset samasekali.

Tahukah Chegu Bard bahawa ramai juga di akar umbi mahu tindakan yang sama patut dikenakan ke atas Azmin kerana Azmin turut dikaitkan dengan kes video jijik ini? Tahukah Chegu Bard bahawa rata-rata ahli di bawah tidak kisah sangat siapa merakam dan mengedar video jijik tersebut tetapi apa yang mereka mahu tahu sebenarnya adalah siapa 'pelakon' bersama Haziq di atas katil itu? Apakah parti mesti menghukum Haziq dan Azmin atas video tular di media sosial itu sedangkan video berkenaan masih disiasat oleh pihak Polis? Tentulah tidak adil untuk berbuat demikian dan tidak adil buat Azmin terutamanya. Sehubungan itu, Sdr Haziq hanya diambil tindakan ke atas tuduhannya berkaitan rasuah kepada Azmin kerana Haziq sewajarnya mengemukakan bukti atau membuat aduan kepada SPRM bukannya membuat pendedahan terbuka seperti itu yang boleh menjejaskan imej Azmin dan parti juga.

Jelas sekali, tindakan Jawatankuasa Disiplin Parti dan Biro Politik KEADILAN tidak dipengaruhi jauh sekali ditekan oleh sesiapa. Poses yang sama juga berlaku kepada Chegu Bard dulu sewaktu beliau dipecat oleh parti. Chegu Bard digantung oleh parti, kemudiannya diberi surat tunjuk sebab juga sebelum parti mengambil tindakan terhadapnya. Waktu itu, memang ramai yang mahu Chegu Bard dipecat sertamerta, bahkan di kalangan penyokong Azmin waktu itu mahu parti pecat Chegu Bard awal-awal lagi, tetapi parti tidak bertindak sekejam itu dan Chegu Bard diberi layanan yang sama. Begitu juga Haziq di dalam kes ini.

WFAUZDIN NS

No comments: