HAZIQ DIPECAT KERANA MENUDUH RASUAH, BUKAN KES SEMBURIT


Sebagaimana yang kita sedia maklum, Haziq Abdullah Abdullah Abdul Aziz telah dipecat daripada PKR berkuatkuasa malam tadi.
Keputusan yang diambil oleh Lembaga Disiplin PKR itu telah disahkan oleh Biro Politik yang dipengerusikan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Bagaimana berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, Haziq bukanlah dipecat kerana pengakuannya telah melakukan seks sejenis dengan Azmin Ali sebagaimana mungkin disangka oleh banyak pihak.
Haziq sebenarnya dipecat adalah disebabkan membuat tuduhan rasuah tanpa sebarang bukti terhadap Azmin.
Dengan membuat tuduhan sedemikian secara terbuka, Haziq dianggap telah melanggar kod etika parti.
Lalu, bagaimana dengan kes perlakuan seks sejenis yang diakui telah dilakukan oleh Haziq bersama dengan Azmin serta videonya telah tersebar luas sejak tiga minggu lalu?
Kenapa tidak diambil tindakan?
Ataukah PKR mahu menunggu hasil siasatan polis terlebih dahulu sebelum mahu mengambil sebarang tindakan seterusnya?
Tetapi, kiranya siasatan polis mendapati video tersebut adalah tulen dan Haziq pula kini sudah pun dipecat daripada PKR, bermakna ketika itu nanti hanya giliran Azmin saja yang bakal diambil tindakan.
Bermakna nasib Azmin masih lagi belum selamat, walaupun Haziq sudah pun diambil tindakan.
Dalam hal ini Azmin hanya akan selamat jika hasil siasatan polis nanti mendapati video tersebut adalah palsu dan beliau bukan salah seorang pelakunya.
Namun, apakah mungkin begitu hasil siasatan polis berkaitan video tersebut? (Shahbudindotcom 04/07/2019)