Pengerusi Qatar Foundation lawat Malaysia

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan dalaman
Pengerusi Qatar Foundation bagi Pendidikan, Sains dan Pembangunan Komuniti Qatar (QF) serta Education Above All (EAA), Sheikha Moza Bint Nasser mengadakan lawatan khas ke Malaysia bermula hari ini hingga 1 Mei.
Sheikha Moza merupakan Permaisuri kepada Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, bekas Emir Qatar akan diiringi para pegawai dari pejabat baginda dan wakil EAA.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi hos kepada lawatan berkenaan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang

Lawatan khas berkenaan akan menyediakan peluang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama terutamanya berkaitan pendidikan, kesihatan, memperkasa wanita, pembangunan belia dan masyarakat.

No comments: