Kerajaan PH P Pinang lalui lonjakan paradigma
Kerajaan Pakatan telah melalui lonjakan paradigma dalam 10 tahun pentadbiran di Pulau Pinang.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pelbagai kejayaan turut dicapai hasil kerjasama erat antara rakyat dan pemimpin.
“Kerajaan negeri komited untuk memastikan segala perancangan negeri ini selaras dengan Visi Penang 2030 yang menjurus kepada peningkatan kualiti hidup dan persekitaran fizikal yang lebih baik.
“Pelbagai pelan turut direncanakan oleh kerajaan negeri mengikut kesesuaian masa dan keadaan sehingga menghasilkan banyak kejayaan hasil gandingan mantap rakyat dan pemimpin,” katanya kepada Suara Pakatan Daily.
Beliau berkata demikian semasa ucapan sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran kerajaan negeri di SP Arena, Seberang Jaya.
Menurutnya, semua perancangan dan pembangunan di Pulau Pinang akan lebih bersifat holistik dan inklusif pada masa akan datang.