OH MALAYSIAKU...CHINA AKHIRNYA SUDAH MARI!!!




Dulu kata mereka, Geely dari China hanya membeli 49.9 peratus saja saham Proton dan selebihnya iaitu 50.1 peratus masih lagi dimiliki oleh pemegang saham dari Malaysia.

Dalam ertikata lain, 49.9 peratus yang dijual kepada syarikat China itu hanyalah mewakili minoriti dan kita tidak perlu bimbang apa-apa dengannya kerana majoriti masih berpihak kepada kita.

Proton, kononnya tetap milik kita, walaupun hakikatnya perbezaan 0.01 peratus itu lebih nipis daripada kulit bawang.

Sekarang apa sudah jadi?

Seorang warga China, Li Chunroong diberitakan akan  dilantik sebagai CEO Proton dalam tempoh terdekat ini.

Beliau yang sebelum ini adalah Timbalan Pengurus Besar Dongfeng  Honda Engine Co telah menyertai Geely pada 22 Ogos lalu dan pemindahannya ke Geely dikatakan adalah dengan tujuan khusus untuk dilantik sebagai CEO Proton.

Selepas Li Chunrong dilantik menjadi CEO, apa lagi bakal terjadi kepada Proton?
Untuk mengetahui kemungkinan apa jadi seterusnya, bacalah tulisan di bawah ini yang disebarkan secara meluas melalui Whatsapp sejak malam tadi.

Tidak dipastikan siapa penulisnya, tetapi sepertinya beliau seorang yang berpengetahuan dalam industri pengeluaran atau perkilangan, kalau pun tidak dalam bidang berkaitan automotif.

Oleh kerana tulisan tersebut mungkin bermanfaat sebagai renungan kita bersama, maka disiarkan sepenuhnya tanpa sebarang pindaan untuk bacaan semua di blog ini.

Bacalah dengan lapang dada,  hati terbuka dan sebagai anak Malaysia yang merdeka.

------------------------

Mula mula ganti CEO at Proton Holding. 

Step kedua ganti GM GM anak tempatan di semua plant Proton. Ganti dengan GM GM dari China. 

Step ketiga terminate vendor vendor tempatan. Ganti vendor vendor dari China untuk hidupkan ekonomi di China menggunakan resources di Malaysia melalui plant Proton bawah Proton Holding. 

Akibatnya banyak kilang tempatan yang daftar dengan IKS-Industri Kecil Sederhana akan gulung tikar dan pembuangan kerja tenaga tempatan akan berlaku dan meningkat. 

Step keempat terminate perlahan lahan tenaga kerja anak anak tempatan dalam Proton Plant Production Assembly Lines dan gantikan dengan tenaga kerja dari China. 

Kadar pengangguran dalam negara akan menjadi tinggi. Banyak pinjaman bank akan jadi NPL-Non Performing Loan(rumah, kereta dan saham asb) kerana ramai yang akan di buang kerja dan susah mencari perkerjaan baru kerana FDI baru yang masuk ke Malaysia tidak menguntungkan negara tapi menguntungkan negara yang menbawa FDI itu ke sini. 

Contoh projek ECRL. Semua limpahan kerja utk projek tersebut patah balik pada contractor negara tersebut kerana semua bahan dan tenaga perkerja utk membuat projek itu datang dari negara China. 

Step kelima mengedar kereta buatan China dengan guna semua bahan mentah dari China tapi produksi di kilang kilang Proton dan jual ke Malaysia melalui rangkaian pemasaran perniagaan Proton yang kita telah bina semenjak dari 1985.  Kita semai benih tapi orang lain yang nikmati hasil. Ekonomi China pesat berjalan tapi ekonomi automotif Malaysia melingkup. 

Step keenam China akan tukar nama Proton ke Ploton. 

Step terakhir masa persidangan Umno semua perwakilan akan diajak Najib untuk nyanyi ramai ramai Lagu Anak Kecil Main Api-Bumi di pijak milik orang, sambil nangis tersedu sedu.

Juga semua perkara yang akan berlaku berkenaan isu ini akan di salahkan pada Dap dan Tun Dr Mahathir. 

Harga yang Najib senang senang jual demi nak lenyapkan satu legasi. Tiada langsung rasa patriotik pada aset negara.

Kongsi tulisan ini jika anda sayang pada negara.

-----------------------

Bagaimana perasaan kita selepas membaca tulisan di atas?

Kuasa China sudah mari....itu baru di Proton. Belum lagi di pelbagai projek lain seperti ECRL, pelabuhan, pembinaan dan sebagainya yang sudah sekian banyak diserahkan kepada syarikat China.

Ke mana tersisih akhirnya rakyat Malaysia di negara mereka sendiri? (ShahbudinHusin 06/09/2017)

No comments: