Ahmad Maslan Dah Dapat Kawan Yang Menyokongnya....
Rani Kulup bela Ahmad Maslan
Rakyat Malaysia perlu berfikiran matang dan bertindak rasional berhubung penjelasan yang dibuat Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah memberi jaminan dia akan bertanggunggjawab melindungi menteri berkenaan sekiranya wujud sebarang ancaman.
Jelasnya, selama ini Ahmad Maslan telah melaksana tugasnya dengan baik dan dianggap mulia walaupun dicaci serta diugut pihak tertentu.
“Saya mempertahankan dia, sokong GST yang dilaksanakan untuk tujuan yang baik.
“Cuma peniaga itu sendiri yang rakus menaikkan harga barang sesuka hati.
“Hentikan serangan peribadi ke atas Ahmad Maslan misalnya mengaitkan ibu beliau macam babi. Ini kerana yang buat keputusan tentang GST bukan dia seorang, malah seluruh ahli kerajaan,” katanya ketika dihubungi FMT.
Sebagai tanda sokongannya kepada Ahmad Maslan, dia tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan hari ulang tahun yang ke-49 kepada Ahli Parlimen Pontian itu.
“Saya berharap beliau kuat dan dipermudah segala urusan. Jangan takut dengan ugutan, jangan takut dengan ancaman dan apa orang nak troll.
“Segala ancaman perlu diterima dengan hati terbuka. Saya harap Ahmad Maslan tidak mengambil sikap membalas dendam dengan fitnah yang dibuat. Contohi sikap Rasulluah yang berbuat baik kepada umatnya, walaupun Baginda dibaling batu, dibaling najis, baginda tidak pernah membalasnya,” katanya. -FMT