Bukan Kita Tanya ETP, GTP atau Pemandu atau sejuta laluan kepada Kemakmuran.
PM Najib muncul
dengan ucapan ala State Of The Nation Address. Tema nya ialah Transformasi Untuk Semua. Ia disiarkan live.
Dia menggunakan kesempatan tersebut untuk jerit, memberi amaran dan melepaskan geram. Jika kita ada pemimpin seperti ini, ini petanda Malaysia dalam bahaya.
Dia menggunakan kesempatan tersebut untuk jerit, memberi amaran dan melepaskan geram. Jika kita ada pemimpin seperti ini, ini petanda Malaysia dalam bahaya.
Kita dengar dan
kita boleh debat pencapaian dan rekod yang ditunjukkan oleh ETP, GTP, NKRA dan
peranan Pemandu. Kita tahu lah ini semua dan ini pun asas kita mengkritik
kerajaan.
Yakni sebaik sahaja
kerajaan mencampuri pengurusan ekonomi secara aktif, maka nature dan
bagaimana
campur tangan itu dilaksanakan akan menjadi bahan kritikan dan teguran
yang
keras. Ancaman terbesar terhadap kepentingan kita sebagai rakyat negara
ini ialah apabila berlakunya konsentrasi kuasa politik dan ekonomi. Ia
akan menjurus kepada autokrasi dan akhirnya kleptokrasi. It will be a
government of the top 1%, for the 1% , by the 1%.
Sebab itu pengurusan dan campur tangan
kerajaan melalui GTP, ETP dan Pemandu
itu mesti dijaga supaya dijalankan dengan cekap, amanah dan jujur serta
adil.Penjagaan dan kewaspadaan terhadap kecenderungan ini dilakukan oleh
semua mereka yang public spirited.
Jika kriteria
ini tidak diikuti, apalagi kita lihat ada
penyelewengan, ada tidak amanah, ada cabul kuasa, ada rasuah dan ada konsentrasi
kuasa ekonomi dengan kuasa politik- ianya sebab2 lebih besar supaya berjaga2
agar kerajaan tidak melakukan sewenang wenang nya.
Najib boleh
istiharlah betapa dia dan jemaah menteri tidak akan berganjak, tidak akan
menyerah kalah atau terus membina2 sejuta jalanraya untuk kemakmuran- semua itu
tidak menghentikan perkara buruk dilakukan. Dan janganlah pula menyembunyikan
kelemahan dibawah rayuan bahawa hanya Tuhan sahaja yang sempurna.
Kita bukan
kelahi denganTuhan.
Kita tak expect
PM Najib berhenti daripada bercakap tak berhenti henti mengenai apa2 acronym
yang dicipta oleh pakar runding yang dibayar gaji yang tinggi. Kita lihat
sementara dia berucap berapi api- ada para menteri nya asyik sibuk bercakap
perkara lain. Itu tanda nya, sesama jemaaah menteri pun, ada yan tidak yakin
dengan apa yang diistiharkan.
Dia boleh jerit
dan marah tapi tidak sedikitpun mengurangkan tanggapan pendengar bahawa Najib seperti
tak tahu apa yang dia cakapkan.
Kita bukan suruh
dia jawab mengenai berkesan atau tidak inisiatif acronym kerajaan. Kita hanya
perlu jawab pengurusan 1MDB dan ada atau tidak pecah amanah apabila sejumlah
wang disapu atau dibenarkan disapu oleh Jho Low untuk buat bisness sendiri.
Kita hendak tahu
adakah wang 1MDB digunakan secara tipu helah untuk membeli asset pada harga
yang tinggi dengan ada pula nilai goodwill yang tinggi. Kita hendak tahu ada
atau tidak kuasa dicabul bila membeli asset kerajaan pada harga yang tidak
munasabah rendah.
Rakyat hendak
tahu apa yang kurang pada SST dan kenapa ianya diganti dengan GST? Jika GST
kutip cukai yang lebih rendah, mengapa pilih GST kecualilah GST itu sebetulnya
skim kutipan cukai yang lebih cekap- yang sebenarnya ia begitu. Maka kita tahu
kerajaan yang makin membesar memerlukan wang yang lebih banyak untuk mengurus.
Jika demikian,
rakyat khuatir kerajaan yang dipimpin oleh seorang PM yang angkuh, yang belanja
macam hilang pedoman, yang membenarkan korapsi dan tipu muslihat, yang tidak
mengira apa jadi pada rakyat terus memimpin.
Tidak ada orang
pun menyoal sama ada kerajaan kerja kuat atau tidak- sesiapa pun jadi kerajaan
boleh mengitsiharkan mereka berkerja kuat untuk rakyat dan sebagainya. Tidak pernah
kita dengar mana2 pemimpin termasuk yang diktator, autokratik, kleptoratik-
semua mereka memerintah atas nama bangsa dan negara. Di Malaysia lagi hebat- landasan
perjuangan atas nama bangsa, agama dan negara.
PM najib dan
marah atau jerit tidak mengapa, tapi jawablah soalan2 mudah yang rakyat tanya. Bila
Najib kasi warning kepada dr Mahathir- saya rasa ini first in
our country.
Saya baru
membaca kenyataan mutakhir PM Najib. Dia tidak akan menyerah kalah. Saya sudahpun
membaca karakter Najib. Apa lagi saya tahu sedikit sebanyak mengenai nya.
Kita lihat dia
menari sakan di majlis kahwin anak dia. PM Najib kelihatan gedik- lebih gedik
dari Rosmah Mansor.
Itu tanda orang
yang tidak peduli apa jadi ada rakyat. Peduli apa jika dia hendak bawak 3-4 kapalterbang,
300 orang ke- 500 orang ke- itu hal dia lah. Dia PM. Bini dia isteri PM.
Kalau dia buat
demikian- apa orang lain boleh buat? Mahathir boleh buat apa? Tengku Razaleigh
boleh buat apa? Pemimpin UMNO lain yang semua bergantung soru dengan dia boleh buat apa?
Tidak ada
seorang pun pemimpin UMNO yang ada kekuatan moral untuk menegur Najib dan co.
kalau ada 2-3 orang yang baik, mereka menghabiskan masa mempertahankan
hipokrasi pemimpin mereka.
Saya tidaklah
hendak menidakkan bahawa ada terdapat beberapa pemimpin UMNO yang baik karakter
tapi mereka too caught up dengan
karenah buruk pemimpin nombor 1.
Rosmah Mansor
boleh sebut dan berkata macam apa yang dikatakan disebut oleh Marie Antoinette-
biarkan rakyat makan kueh. Mak datin dan puan sri yang yang ikut serta dengan
rombongan ke Kazakhstan semua nya merasa privilleged kerana dapat ikut dan
tersenarai dalam kumpulan dianugerah keistimewaan oleh pasangan pertama
Malaysia. Apatah lagi pencapaian terbesar dalam dunia ini selain daripada
diperakui sebahagaian dari elit utama?
Gelagat Najib
menunjukkan business untuk remove him from office bukan suatu perkara senang. Jadi
jangan kita hidup dalam hayalan. Dr Mahathir tidak akan boleh desak Najib
supaya berundur. Geng Najib akan kata- siapa si mamak tua ini? Malah persendaaan
kepada Dr Mahathir sudah pun dimulakan.Bloggers UMNO kata apa yang diucapkan oleh Mahathir SEMUA nya fitnah dan dusta.
Maka nya, Dr
Mahathir kena ambil angkah drastic yang lain. Seperti secara sistematik dedahkan
perkara buruk yang dilakukan oleh Najib supaya seluruh dunia tahu siapa Najib. Dr
Mahathir kena jelajah seluruh negara beritahu negara siapa Najib dan apa yang
dia telah lakukan.
Sebagai contoh,
rakyat marah mengenai GST. Tapi mereka boleh tangkis lagi isiu GST dan kelentong
sana sini. Namun belumsempat isiu GST
terjawab timbul pula pembelian jet eksekutif RM700 lebih juta. Campur dengan
maintenance, kerajaan akan belanja RM1 billion untuk 15 tahun akan datang. Ini kerja
gila dan pembaziran pemimpin yang angkuh yang tidak peduli perasaan rakyat. Pesewat
ini akan digunakan untuk rombongan beli belah golongan terpilih dan pemimpin
atasan.
Kita menyampah
dengan syarahan Najib mengenai ETP, GTP yang mengujudkan perkerjaan berjuta
juta. Siapa perkerja tersebut dan siapa yang dapat kepakaran?
Sila beritahu
kita jumlah perkerja bumiputera yang berkerja dalam projek2 mega yang Najib
laksanakan? MRT sebagai contoh. Pergilah kemana site MRT- para perkerja mereka adalah
perkeja asing. Mereka dibayar rendah – mereka boleh terima sebab keadaan negara
mereka teruk.
Tapi disamping
itu mereka acquire skills dan kemahiran yang tidak diperolehi oleh anak bangsa
kita. Jutaan perkerja asing ini meningkatkan modal insan mereka dan boleh menuntut
gaji yang lebih tingi dalam negara lain kelak. Mereka memperolehi kemahiran dan
skills membangunkan negara yakni membangunkan kapasiti. Anak bangsa kita
bagaimana?
Undi tidak percaya.
Demikian juga,
tidak ada harapan hendak lihat suatu undi tidak percaya dilakukan oleh ahli parlimen.
Ianya tidak akan terjadi. Kita tidak ada sejarah dan tidak ada budaya membuang
pemimpin dengan cara ini.
Yang saya sebut
dalam artikel yang terdahulu ialah untuk suatu jumlah ahl parlimen keluar parti
masing2 dan mengistiharkan mereka ahli parlimen bebas. Kemudian mereka boleh bersama
sama menyokong seorang ahli parlimen yang mereka anggap dapat keyakinan majority.
Speaker terpaksa
tanya jurucakap kumpulan ahli parlimen, siapa yang mereka fikir boleh command
majority support ahli parlimen.
Untuk merealisasikan
agenda ini, sejumlah ahli parlimen mesti keuar parti mereka dan keluar dari BN.
BN tidak cukup ahli dan tidak boleh berbuat apa apa, kerajaan mereka akan jatuh.
Tidak perlu undi tidak percaya.