KHALID MUNGKIN DINASIHAT MELEPASKAN JAWATAN DEMI PAKATAN KEKAL DI SELANGOR

Biar mesyuarat Pakatan putuskan nasib Khalid, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.Kedudukan Tan Sri Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor hanya akan diputuskan setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga pemimpin parti daripada Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua pembangkang itu berkata, keputusan untuk mengekalkan atau membuat perubahan perlu dibuat secara bersama sebelum membawa perkara itu untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.‎
"Itu bukan kenyataan rasmi. Keputusan mengekal atau membuat perubahan dibuat secara perbincangan keputusan PR dengan perkenan Tuanku.

"Jadi bukan keputusan daripada yang kita dengar melalui desas-desus," katanya kepada pemberita selepas berucap mengenai Asian Renaissance di Puchong, hari ini. Beliau berkata sedemikian dalam responsnya mengenai desakan pemimpin PAS dan DAP‎ Selangor yang mahu agar menteri besar ditukar kerana bimbang Selangor akan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) jika Khalid dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Anwar berkata, kenyataan daripada pemimpin PAS dan DAP Selangor itu hanya satu pandangan peribadi sahaja dan tidak melibatkan pendirian rasmi PR.
"Mereka lahirkan pandangan mereka berdasarkan beberapa perkembangan baru.
"Kita tengok, kita bincang, dan kita akan putuskan," katanya.
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman berkata, pelbagai isu yang berlaku di Selangor kini berpunca daripada kelemahan pimpinan Khalid yang membelakangkan parti dalam Pakatan.
Ahli Parlimen PAS Khalid Samad pula berkata, memandangkan keputusan sudah dibuat, Khalid perlu ditukar dengan pemimpin lain yang diterima oleh semua parti.
"Saya tidak nampak bagaimana seorang menteri besar boleh kekal jika partinya sendiri menolak beliau," katanya.
Ahli Parlimen DAP Gobind Singh Deo juga sebelum ini pernah mengkritik pentadbiran Khalid termasuk isu pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).
Namun, desakan dan tekanan itu tidak diambil berat oleh Khalid yang menganggapnya sebagai satu perkara biasa dalam dunia politik.
Katannya, persepsi sering memandang beliau lemah dalam pentadbiran negeri kerana kerap menangani isu sensitif, antaranya rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
"Ketidakgembiraan adalah perkara biasa‎ kerana saya menangani isu yang sensitif jadi tujuannya bukan untuk mendapatkan kesukaan dan keselesaaan.
"Tetapi saya hanya melakukan apa yang saya perlu lakukan dengan mengikut tatatertibnya dan undang-undang," katanya. – 21 Jun, 2014.

No comments: