Adakah apabila kerajaan Selangor yang
menawarkan air percuma kepada rakyat Selangor, mereka wajib sokong
kepada kerajaan PR? Atas nama terima kasih?
Begitu juga apabila kerajaan Malaysia
sediakan sekolah, universiti maka adakah rakyat Malaysia wajib menyokong
kerajaan UMNO & Barisan Nasional. Jikalau tidak, akan digelar
pengkhianat?
Apakah apabila rakyat masuk ke
universiti awam @ menggunakan air percuma, maka rakyat tidak boleh
berbeza pandangan politik dengan kerajaan yang memerintah?
Hakikatnya kepada kedua-dua persoalan di atas, taat kepada negara tidak semestinya taat kepada kerajaan. Ini yang sebetulnya.
Ya. Benar. Dalam Islam kita dinasihatkan
untuk taat kepada umul amri. Tetapi ada syarat dan batas-batasnya yang
mana Ulil amri itu adalah :
- ulul amri yang tidak suruh orang berbuat jahat
- ulil amri yang tidak ambil & makan rasuah
- ulul amri yang tidak rampas hak orang lain
- ulul amri yang tidak menindas rakyatnya sendiri & berlaku adil kepada semua lapisan masyarakat
Di Malaysia atau mana-mana di dunia
sekalipun tidak ada yang maksum dan sehabis adil. Tetapi di dunia ini
kita dapat lihat contoh pemimpin yang berusaha bersungguh-sungguh untuk berlaku adil kepada rakyatnya VS dengan yang sangat tidak adil yakni terang-terang melanggar hak rakyat.
Jadi, pada waktu si pemimpin ini melakukan kesalahan, Berita Semasa tidak melihat rakyat perlu mentaati membuta tuli.
Suara Anak Muda Hari Ini
Anak-anak muda hari ini cukup-cukup
berbeza sehingga mampu memberikan ancaman besar kepada parti politik
yang tidak mampu atau masih terkial-kial dengan cara politik lama dalam
pada masa yang sama “menyerap kebangkitan”
kebangkitan & aspirasi serta harapan anak muda hari ini. Anak muda
apabila sel sel otaknya saling berhubung, campaklah ke mana msahaja
hatta di universiti komunis sekalipun tetap akan teguh pendirian dan
berdikari pemikirannya ibarat seperti :
Inilah jadinya apabila patriotik disalahertikan.“ikan yang hidup dalam laut, walau hidup dalam air masin tetapi ikan-ikan tidak pula” menjadi masin”
P/S : Jangan diharap apabila taat tidak boleh sama sekali boleh dikritik @ dikutuk pula kan?
BUDAK YANG ADA FIKIRAN YANG BIJAK
PP/S : Kepada pihak kerajaan negeri
mahupun kerajaan Malaysia, jika kita mahu anak muda hari hari ini
menyokong kerajaan anda yang memerintah, berubahlah pendekatan dalam
memahami aspirasi anak muda. Janganlah suka sangat membuat kenyataan
yang pelik-pelik & kenyaatan memalukan diri sendiri atas nama mahu
mengekalkan kuasa “dulu, kini dan selama-lamanya“
MACAI SAJA TAK BOLEH FIKIR
PPP/S : Sesebuah kerajaan itu hidup atas
duit rakyat, kekayaan hasil mahsul negara & amanah yang diberikan
oleh rakyat. Walaupun berbeza ideologi, semua rakyat perlu menunaikan
kewajiban membayar cukai. Jadi, terpulang kepada mereka untuk memangkah
yang mana satu. Pemimpin parti politik boleh menarik undi, tetapi jangan
sesekali menghalang kehendak & harapan rakyat……Bagaimana dengan
lontaran pendapat anda pula?