TNB untung berbilion tapi masih naikkan tarif elektrik?

TNB untung berbilion tapi masih naikkan tarif elektrik?

(Oleh: Fiza Halim)

KUALA LUMPUR 17 MEI: Biro Kepenggunaan KEADILAN mempersoalkan bagaimana Tenaga nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian sedangkan syarikat tersebut setiap tahun mencatat keuntungan bersih berbillion ringgit.
TNBPengerusinya, Yahya Sahri berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik bagi melindungi syarikat utiliti itu daripada berdepan kerugian adalah tidak relevan.

“Kewangan TNB tak pernah terjejas, kerana banyak permintaan untuk menggunakan elektrik ini, jadi saya tak nampak dari aspek apa yang TNB ini rugi,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

TNB mencatat keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM4.16 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos tahun lepas, berbanding RM 4.41 bilion tahun sebelumnya.

Tambah Yahya, kenaikan tarif elektrik adalah satu cara kerajaan mempergunakan TNB sebagai mangsa bagi menampung hutang negara yang kian bertambah.

“Sekarang ini ekonomi negara kita di tahap yang parah, kemungkinan besar TNB sumber menampung hutang negara. Dengan cara ini, dana dapat dikumpulkan dengan cepat dan kerajaan akan gunakan untuk tanggung kos hutang tersebut,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa, kenaikan ini akan membebankan rakyat yang terpaksa membayar eletrik dengan harga yang tinggi, dan rakyat sekali lagi menjadi mangsa pentadbiran Najib.

“Rakyat akan terus hidup susah di bawah pentadbiran Najib. Najib akan sentiasa mengeluarkan kenyataan pelik yang akan mencelarukan hidup rakyat, PM ni bukan nak jaga rakyat tapi nak hancurkan rakyat habis-habisan,” ujarnya.

No comments: