RIZALMAN SETUJU KU LI TANDING PRESIDEN

RIZALMAN SETUJU KU LI TANDING PRESIDEN Print E-mail
Written by Admin   
Thursday, 13 June 2013 22:01



CABAR....Bekas Ketua Umno Tenom, Datuk Rizalman Abdullah (kanan) menganggap tokoh berpengalaman Umno itu layak mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak.

Oleh : MUDA MOHD. NOOR


PETALING JAYA: Bekas Ketua Umno Tenom, Datuk Rizalman Abdullah barangkali pemimpin Umno yang pertama menyokong Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden Umno dalam pemilihan hujung tahun ini.

Beberapa Umno telah mencadangkan supaya Najib tidak dicabar, begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden Umno.
“Saya setuju jika Ku Li bertanding jawatan Presiden Umno…kerana beliau tokoh paling layak, yang ada rekod.

“Pernah jadi Naib Presiden Umno, jadi menteri dan berpengalaman,” katanya.

Rizalman pernah menjadi Setiausaha Kementerian Penerangan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

“Kalau Ku Li jadi Perdana Menteri apa masalah?” tanya beliau.

Rizalman kini tidak ada sebarang jawatan dalam parti tetapi menegaskan beliau berpegang kepada prinsip perjuangan.

Beliau berkata demikian berikutan laporan sekumpulan ahli parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menemui Ku Li menjelang perhimpunan agung Umno yang dijangka bulan November atau Disember ini.

Pertemuan itu meningkatkan spekulasi bahawa Ku Li akan mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno kelak. (FMT)

No comments: