Mengapa pemimpin PAS dan kencing kawan berpisah tiada? – Penarik Beca

Mengapa pemimpin PAS dan kencing kawan berpisah tiada? – Penarik Beca

February 23, 2013
 
FEB 23 – Kena balik Taiping. Suami kakak saya masuk ICU. Allahummashfi kulla maridh, ya Allah, ya Shafi.
Bagi yang rajin jenguk blog ni, tak ada update la sehari dua ni. Memang anak saya ada bawa balik iPad. Tapi, aku tak mesra dengan iPad dan iPad pun tak mesra dengan aku.


Saya nak cerita sikit ja hari ni. Apabila seseorang itu hanya sekali sekala ja terkencing kawan dia, kita dengan baik sangka bolehlah anggap itu silap.
Tetapi bila dengan dengan istiqamahnya dia kira nak kencing kawan dia ja, itu bukan silap.
Itulah yang dilakukan dengan begitu konsisten dan komited oleh beberapa pemimpin PAS sejak selepas pilihan raya 2008. Semakin hari, semakin nampak sangat pemimpin-pemimpin PAS berkenaan dan kencing kawan berpisah tiada.


Mereka juga dengan begitu konsisten dan komited membikin onar dan mengkhianati rakyat yang lawan Umno sekaligus tak habis-habis menghadiahkan untung besar kepada Umno.
Orang Umno tak payahlah susah payah berkempen. Mereka boleh relax dan tidur di rumah dan mereka boleh menang dalam pilihan raya akan datang. Pemimpin-pemimpin PAS berkenaan dengan penuh istiqamah dan lazat memberikan perkhidmatan terbaik mereka untuk memenangkan Umno Barisan Nasional (BN).


Bila tulis posting ni, saya teringat Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Harun Din, Datuk Mustafa Ali, Datuk Harun Taib dan ramai lagi yang majoriti besarnya dilihat sebagai ulama.


* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.


INI CONTOH KERJASAMA GELAP-BAIK MASUK TERUS UMNO....

Balasungkawa - Selamat berhijrah kulaan !


TERKINI berita yang baru disampaikan oleh sahabat dari Puchong, Selangor. 

80% ahli PAS Cawangan Taman Equine, Puchong, Selangor akan bekerjasama dengan BN dan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional dalam menawan semula Selangor dalam PRU-13 akan datang ini. Malam tadi telah berlangsungnya satu majlis kecil yang menyaksikan kepimpinan PAS Cawangan Taman Equine akan menyokong dan memberi undi kepada calon Barisan Nasional pada PRU akan datang ini demi untuk perpaduan ummah antara saudara Islam mereka dalam UMNO. 

Walaupun tidak akan membubarkan cawangan tersebut namun yang pasti, mereka semua telah berikrar dan berjanji akan menyokong Barisan Nasional kerana PAS kini sudah terlalu terikut dengan rentak DAP yang semakin kurang ajar dengan orang Islam. 

Bergegar lagi la kepimpinan PAS Pusat hendak mengekalkan kerajaan pakatan di Selangor. Semakin hari, ahli-ahli PAS sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pakatan yang sudah lari jauh dari matlamat asal perjuangan parti. - " Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

nota albanjari - masih ada masa untuk kamu kembali bersama kami..!