HOT ! JANJI BALA " SAYA AKAN DEDAHKAN SEMUANYA "sumber Kedahkini
Skandal Altantuya: PI Bala pulang, sedia bekerjasama dengan Deepak
KUALA LUMPUR 24 FEB:
Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam yang menghilangkan diri sejak
2009 dan pulang hari ini, sedia bekerjasama dengan Deepak Jaikishan bagi
merungkai misteri pembunuhan Altantuya Shariibuu walaupun mengakui
keberatan untuk berbuat demikian.
“Saya tak bercadang
kerjasama dengan orang lain. Tapi jika dia (Deepak) datang kepada saya
dan mahu bekerjasama, saya okay. Tapi, saya tak akan pergi kepadanya.
“Kerana SD (akuan
bersumpah) pertama adalah benar. Saya ada semua maklumat, saya tahu
semua,” katanya pada sidang media selepas mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi, apabila ditanya pemberita
mengenai kemungkinan itu.
Beliau yang dikenali
sebagai PI Bala tiba di KLIA kira-kira jam 6.30 petang tadi dari
Chennai, India, selepas menghilangkan diri sejurus selepas membuat akuan
bersumpah kedua pada 4 Julai 2009.
Pada
sidang media itu, Bala turut bersumpah atas nama kitab suci Hindu,
Bhagavad Gita bahawa kandungan dalam akuan bersumpah pertama benar
manakala akuan bersumpah kedua, palsu.
“Tiada
yang tidak benar melainkan benar belaka,” katanya sambil menjulang
kitab itu, sambil memohon maaf kepada semua pihak berkaitan kerana
membuat akuan bersumpah kedua hingga menimbulkan masalah kepada banyak
pihak.
“Minta maaf kerana buat akuan bersumpah kedua. Minta maaf atas segala masalah yang timbul. Ia tidak benar,” katanya.
Ditanya mengenai Flora Ong,
wanita yang dinamakan Deepak sebagai memiliki hubungan rapat dengan
Datuk Seri Najib Razak dan membolot kontrak lumayan serta hampir
mengalami ‘nasib sama’ dengan Altantuya, ia tidak dijawab Bala,
sebaliknya R Sivarasa mencelah.
Ahli Parlimen Subang itu berkata: “Lebih baik ditanya kepada Deepak. Tak perlu tanya Bala. Flora adalah urusan Deepak.”
Bala
kemudian mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menanti
kepulangannya kerana tidak menjangka menerima sambutan demikian di KLIA.
“Terima kasih semua. Saya tidak sangka terima sambutan sebegini. Saya sangat gembira,” katanya yang kelihatan sedikit sebak.
Ketibaannya disambut
lebih 60 orang, antaranya Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Ahli
Parlimen Subang, R Sivarasa, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan peguam, Americk Sidhu.
Sementara itu, Badrul
Hisham berkata, SAMM akan mengadakan sidang media bersama Bala pada jam
8 malam pada 27 Februari di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan
Selangor.
“Ia pentas pertama penampilan Bala untuk bercakap di hadapan rakyat Malaysia,” katanya.
TERKINI DARI KLIA: Penyiasat Persendirian Yang Mendedahkan Kes Pembunuhan Altantuya Melibatkan Pemimpin Negara, P. Balasubramaniam Kini Selamat Tiba Ke KLIA & Disambut Meriah Oleh Orangramai...
Makin
Meroyanlah Puak-Puak Tue... Maka Politik Malaysia Akan Menjadi Lebih
"PANAS" Mulai Sekarang... Janji Bala "SAYA AKAN DEDAHKAN SEMUANYA".
Sementara itu dalam satu ceramah di Taiping YB Nga Kor Meng telah memberitahu dalam satu majlis bahawa tarikh baru pembubaran parlimen dijangka pertengahan Mac , iaitu 16 Mac dan pengundian pula pada 14 April.