MB: Kerajaan Selangor siasat letupan Empire Gallery



SUBANG JAYA 28 SEPT : Kerajaan Selangor memberi jaminan akan menyiasat kejadian letupan di kompleks beli belah Empire Gallery dengan rapi, dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata siasatan rapi akan dilakukan pakar industri binaan dan juga agensi kerajaan negeri.

"Saya juga berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini, kita perlu beri ruang kepada mereka yang pakar dengan pendapatnya, ini juga adalah langkah dimana kami akan memneri jaminan kepada orang ramai bahawa kawasan awam ini boleh dikunjungi mereka.”

"Dibawah bidang kuasa kerajaan negeri, kami menunggu pasukan pakar industri binaan untuk menentukan bahagian mana yang perlu dibuka kepada orang ramai dan bahagian mana yang harus ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan siasatan".

Khalid berkata demikian selepas melawat tapak kejadian di sini dengan diiringi exco kerajaan negeri Dr Xavier Jeyakumar, Ronnie Liu, Teresa Kok dan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh.

Siasatan awal polis mendapati letupan 3.45 pagi yang merosakkan sebahagian besar kompleks beli belah itu berpunca daripada tangki gas di tingkat bawah bangunan itu.

Empat aras letak kereta, dua aras ruang kedai dan restoran, dan juga block A bangunan itu mengalami kerosakkan besar. Blok pangsapuri dan pejabat bersebelahan bangunan itu juga rosak.

Seramai 300 penginap sebuah hotel berhampiran bangunan terpaksa di pindahkan atas sebab keselamatan.

Perkarangan kompleks itu masih ditutup dan berada di bawah kawalan pihak bomba.

Empat pekerja yang cedera di dalam letupan itu berjaya diselamatkan.

Mereka adalah Tan Wern Fang, 24, Chua Chin Hong, 27, Surendran Kris Krishnan, 33 dan Chhring Dawak Sepa, seorang warga Nepal.

Seorang wakil pejabat ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh tampil menyampaikan makanan tengahari kepada petugas yang bertungkus lumus menjalankan operasi menyelamat sejak awal pagi.

Yeoh sendiri tampil melawat tempat kejadian sekitar jam 6.45 pagi.

Penolong pengarah operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harun menjelaskan letupan itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di aras bawah, dia berkata.

“Setakat ini kami masih menjalankan siasatan dan kawalan, kami membawa empat unit forensik, kimia, siasatan dan penyelamat yang kesemuanya 50 anggota,” Mohd Sani berkata ketika di temui.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Ahli Parlimen Batu puas hati respons positif Datuk Bandar KL mengenai masalah penduduk

  Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran berpuas hati dengan respons positif dalam mesyuarat bersama Datuk bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi...