Kes Fitnah 2 : 10 DNA Pada Tubuh Saiful, Kata Dr Seah

Kes Fitnah 2 : 10 DNA Pada Tubuh Saiful, Kata Dr Seah
Ditulis oleh Radzi Razak
18/02/2011 Share


KUALA LUMPUR 18 FEB : Suasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila digemparkan dengan pengakuan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong bahawa sample DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki.

"Terdapat kemungkinan DNA yang ditemui pada sample yang diperiksa datangnya daripada 10 orang lelaki," kata Dr Seah dalam keterangannya pagi tadi ketika menjawab soal balas daripada peguam Karpal Singh.

Terdahulu, mahkamah semalam digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah.

Pasukan peguam Anwar juga berjaya dalam bantahan mereka menolak dokumen tambahan dalam laporan kimia pada awal perbicaraan semalam kerana perbezaan ketara dengan dokumen yang diterima pada awal perbicaraan.

Justeru, Karpal meminta mahkamah menolak laporan Elektropherogram yang dibentangkan semalam berdasarkan keterangan Dr Seah.

Dr Seah turut mengakui tidak menjalankan ujian perbandingan profil DNA laporan tersebut dengan kapas pengesat DNA milik Saiful.

Seorang lagi peguambela Ram Karpal berjaya menimbulkan keraguan umum apabila soalan beliau mendapati Dr Seah tidak arif dalam penggunaan perisian Gene Mapper.

Perisian ini digunakan untuk mendapatkan keputusan laporan elektrophenograf yang dibentangkan semalam.

No comments: