Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, usaha untuk menyekat kebebasan media tidak akan membawa apa-apa hasil.Beliau dilihat menjawab kata-kata Mahathir bahawa semasa beliau kebebasan media di kawal bagi membolehkan pemerintahan yang dijalakan tanpa adanya pengaruh yang boleh merosakkan situasi aman dalam negara.
Najib berucap di PWTC hari ini dengan menegaskan bahawa usaha menyekat kebebasan media dilihat sebagai usaha yang sia-sia kerana kemudahan internet dan juga golongan yang dahulunya dilihat berpecah , kini telah bersatu dengan media baru.
menurut Najib lagi, usaha menyekat= kebebasan media tidak akan menjadikan kerajaan ebih baik sebaliknya ianya hanya akan menyekat kebebasan bersuara bagi golongan yang sederhana dalam meluahkan pandangan masing-masing dan ini adalah tidak baik unuk kerajaan yang memerintah.