ELOK UMNO BINCANG MASA DEPAN PARTI SENDIRI
Bahas hala tuju masa depan parti – TPM
Perhimpunan Umno dilihat sebagai satu forum yang amat sesuai bagi membincangkan hala tuju parti tersebut. Ini adalah penting kerana Umno dilihat sudah semakin tidak lagi releven kepada bangsa Melayu apatah lagi ianya dilihat memperjuangkan bangsa , akan tetapi gagal untuk memajukan bangsa sendiri .
Langkah parti tersebut untuk membahaskan hala tuju parti penting kerana ianya bukan sahaja dilihat sebagai langkah untuk melepaskan pemerintahan kepada Pakatan Rakyat, akan tetapi ianya dilihat sebagai langkah keteberlakang kerana sejak 53 tahun merdeka, kini umno mahu mellihat hala tuju parti sendiri.
Di ketika Umno hendak melihat hala tuju parti dan berhadapan dengan 2 pilihanraya kecil , PAS di lihat telah menang pada pusingan pertamanya apabila berjaya mengambilalih banggunan Umno Kota Bahru dan bertukar menjadi banggunan PAS negeri.
Ini adalah satu kejayaan yang amat besar , dan sebenarnya , umno dilihat terlalu lemah dengan sistem yang banyak membazirkan wang ahli dan juga rakyat. banyak lagi banggunan yang telah di tinggalkan oleh Umno setelah berlakunya perpecahan dalaman parti tersebut.
Namun Umno masih merasakan mereka gagah dan melakukan sesuatu yang dilihat amat di benci atau meluat oleh rakyat. Gelagat pimpinan memutarbelitkan fakta, baik akhbar arus perdana mahupun media internet mereka menjadikan bukan sahaja Umno di benci tetapi merossakkan parti tersebut sendiri dengan laporan oleh akhbar dan blogger umno.
Media mereka lebih tumpukan kepada usaha menjatuhkan Anwar, selain dari itu cuba merosakkan hubungan dan merampas negeri yang di menangi oleh negeri Pakatan selain dari usaha membentuk dan memperbaiki parti itu sendiri.
Moga perhimpunan ini menjadikan Umno lebih istiqamah,sedar dan tahu masa untuk memerintah semakin hilang.Malah amatlah sesuai ahli-ahli Umno meningglkan parti mereka dan menyertai Pakatan, dan jika inilah yang mereka mahukan , rasanya Umno semakin tenat dan tidak ada masa lagi untuk dipulihkan selagi Mahathir memberikan pandangannya..