KAMI BUKAN NAK TOLONG..TAPI NAK MELOLONG-Umno
Tak habis-habis apabila gagal untuk mendapat majoriti semasa pilihanraya lalu.Umno melalui jurucakapnya yang menyerang Anwar Ibrahim ikon paling di benci dalam setiap kali perhimpunan agong parti paling lama menindas Melayu terutamanya Melayu Pulau Pinang.Digambarkan Melayu Pulau Pinang bangsat,miskin dan juga macam pariah yang begitu teruk berbanding negeri lainnya , walau pun jika di lihat banyak melayu merempat di semua negeri.
Isu ini dimainkan sejak awal merdeka dahulu..inilah rahsia Umno dalam setiap perkara yang berkaitan dengan DEB,NEP...dimana pimpinan membalun duit dan di bawa keluar negara sebagaimana yang di dedahkan oleh PET dalam blognya..baca disini .APA KHABAR KAHIRI???MASIH DENGAN EKUITI
Meskipun dikatakanMelayu teruk, namun perumahan mampu milik masih dimiliki dan hampir tiadanya miskin di negeri tersebut.Zahid Hamidi memang melolong menyatakan bahawa kedai melayu diroboh,begitu juga dengan beerapa kedai lagi.Tetapi bagi yang membaca dan menggunakan internet ucapan Zahid itu hanya untuk ahli Umno sahaja dan juga penduduk yang tinggal di dalam hutan.
Kita ingin bertanya Zahid bahawa di Bagan Datoh sendiri pun masih banyak yang miskin tegar, masih banyak yang hanya bergantung kepada hasil pertanian,kelapa dan juga koko yang tidak mahal harganya.Patutnya beliau berusaha untuk membetulkan keadaan ini.
Meski pun begitu sayugia di ingatkan bahawa pimpinan DAP tidak pernah mencuri harta tanah Melatu, Pimpinan DAP juga telah menetapkan dalam perlembagaan negeri bahawa tanah semua kaum tidak boleh di pindah milik dengan sewenang-wenangnya.Malahan beberapa rahsia yang berada di tangan pimpinan kerajaan negeri terutamanya berkaitan penglibatan pimpinan Umno dan juga peniaga yang berusaha menjual tanah Melayu di kawasan bandar.
PEMIMPIN RASIS BELA SETINGGAN?
SELEPAS KAMPUNG BUAH PALA KINI TANJONG TOKONGMelayu Pulau Pinang kritikal
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Nasib Melayu Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP harus dijadikan iktibar oleh orang Melayu di negeri lain berikutan keadaan mereka yang kini cukup kritikal.
Wakil Pulau Pinang, Muhamad Farid Saad berkata, kerajaan negeri sekarang semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong memberi contoh satu lot tanah yang dikhaskan untuk penanaman padi sejak dahulu lagi di Sungai Burung telah dikeluarkan daripada kawasan yang digazetkan untuk tujuan itu.
“Satu kes lagi ialah sebahagian daripada kawasan di Taman Negeri juga telah dikeluarkan daripada senarai gazet berkenaan untuk dibangunkan kawasan perumahan. Ia akan membuka laluan untuk pembukaan kawasan lain dalam kategori yang sama.
“Tidak hairan jika satu hari nanti tidak akan ada lagi sawah dan kehijauan hutan di Pulau Pinang. Saya berpendapat kes ini adalah contoh penyalahgunaan kuasa dan ia mesti dihentikan,” katanya.(DEI TAMBI...BERAPA LAMA P[AKATAN MEMERINTAH HAA...BUKAN BN KA PERINTAH SELAMA INI)
Beliau berucap membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Kata Muhamad Farid, kajian Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang berdasarkan maklum balas daripada kesemua 13 ketua bahagian, 60 kelompok perkampungan orang Melayu meliputi 7,000 penduduk akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sekarang ini dibina di atas tanah milik orang lain.
Menurutnya, Kerajaan Pusat perlu memandang serius perkara itu dengan menghalang kegiatan ‘membuka’ kawasan-kawasan yang dahulunya digazetkan untuk tujuan tertentu.
“Jika tidak lebih cepat masyarakat Melayu di Pulau Pinang akan diusir keluar. Ini adalah contoh kes pengusiran melalui polisi dan dasar selain daripada pengusiran secara fizikal, peminggiran secara psikologi dan pengusiran secara terang dan nyata.
“Umumnya, Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Menjaga keberadaan bangsa Melayu di Pulau Pinang bermakna mengekalkan keberadaan dan kewujudan Islam di sana. Ketiadaan Melayu bermakna tiadalah suara azan dan sunyilah masjid.
“Berkurangnya bangsa Melayu bermakna sepi masjid dan tenggelam suara azan. Tiada tanah bermakna tiada tempat tinggal. Justeru, sebagai generasi pewaris, saya ingin berpesan, jangan jadi seperti yang berlaku di Pulau Pinang,” tegasnya.(ORANG UMNO TAK KE MASJID..MANA NAK TAU MASJID ADA KE TIDAK...)
Beliau seterusnya melontarkan persoalan bahawa menjelang 2020 apakah kerajaan sanggup melihat orang Melayu di Pulau Pinang akan hanya tinggal di rumah pangsa kos rendah di kala Malaysia diisytiharkan sebagai negara maju.
“Malah, lebih teruk lagi mereka ini tidur dalam beca seperti 10 orang pengusaha beca Melayu Pulau Pinang. Mereka ini tidak mempunyai rumah dan tidur dalam beca. Kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang selamat kerana tanah milik mereka berada di luar bandar dan zon pertanian.
“Hilang tanah, hilanglah Melayu, hilang Melayu, maka akan hilanglah UMNO. Mereka ini perlu dibela kerana merekalah yang akan membela UMNO nanti. Oleh itu, dengan penuh keinsafan, saya meminta Presiden UMNO dan semua agar cuba memahami masalah orang Melayu terutama di Pulau Pinang,” katanya.(HA..HA..HA.....HILANG UMNO DUIT TAK MASUK)
Atas dasar itu, beliau turut mencadangkan agar Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang akan ditubuh nanti dapat diperkasa dan menjadi pemantau kepada penyertaan bumiputera di Pulau Pinang.