KALAU PORTAL PEMBANGKANG SENANG-SENANG SAHAJA NAK KENAKAN.KRITIK SIKIT DAH KATA HASUT.KALAU LIHAT AKHBAR UTUSAN ALAHAI....
CYBERJAYA 20 Okt — Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia beberapa artikel dan dokumen yang dianggapnya sebagai bukti berhubung dakwaan kononnya portal berita, The Malaysian Insider, memfitnah kerajaan.
Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata artikel The Malaysia Insider yang berbentuk “fitnah, hasutan dan ugutan” itu diserahkan kepada pegawai penyiasat SKMM pada 9.50 pagi tadi.
Dua hari lepas, JMM mengadakan satu demonstrasi bagi menuntut supaya The Malaysia Insider ditutup dan penajanya diberkas.
Azwanddin berkata beliau akan menyerahkan lebih banyak dokumen untuk membantu SKMM menjalankan siasatan.
Ditanya sama ada JMM sudah membuat laporan polis berkaitan dakwaan itu, beliau berkata: “Setelah mereka (SKMM) lakukan siasatan, mereka yang bawa kepada pihak polis. Itu prosedur SKMM.” — Bernama
PERHIMPUNAN AGONG UMNO...TAPI KUTUK PEMBANGKANG, BUKAN NAK PERBETUL PARTI SENDIRI..
Pembangkang seperti raksasa satu badan, tiga kepala…. PAU2010 Pemuda UMNO menggambarkan pakatan pembangkang umpama –Cerberus-raksasa hodoh dalam hikayat klasik Rumani dengan tiga kepada terjulur dari badan. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT -20/10/2010