SALAHGUNA KUASA JUGA YE??PATUT GANTUNG ...MACAM UMNO JA BUNYI DAN NAMPAK GAYA

Jawatankuasa pemilihan PKR hari ini membidas tindakan penyokong naib presiden parti itu, Azmin Ali dan juga Zaid Ibrahim yang didakwa sudah mengatur strategi meskipun penamaan calon masih belum bermula.

Dalam kes Azmin, pengerusi jawatankuasa itu, Dr Molly Cheah berkata penyokongnya telah menyalah-gunakan ibu pejabat PKR untuk tujuan berkempen.

"Amat dikesali sidang media yang dianjurkan oleh beberapa ahli parlimen untuk menyatakan sokongan terhadap naib presiden, Azmin Ali dibuat di ibu pejabat parti itu baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, menurut Cheah, mulai hari ini, berkempen untuk seseorang dalam pemilihan parti dengan menggunakan premis pejabat PKR akan menjadi satu kesalahan.....

MALAYSIAKINI

Ishhh....macam parti yang selalu di kutuk-kutuk saja gaya dan lagaknya.Dulu di awal reformasi tak la semacam ini...ya lah dah berubah pun zaman...dulu ramai yang takut-takut..kini ramai yang telah berani tampil.Apa pun biar boleh buat kerja dan bukan sekadar nak jawatan tapi kerja tak boleh buat...bukan sekadar nak jawatan tetapi tak menonjol malah kalau ada jawatan pun tak tahu buat kerja orang ngutuk juga di belakang...