MCA MULA MAIN WAYANG,UMNO PUKUL GENDANG

Perkauman: PAS beri amaran pada MCA
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: “Saya memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN,” kata Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Berita penuh...

Inilah apa yang berlaku pada tahu 1987 apabila berlakunya perpecahan dalam team A dan team B, dan juga krisis kewangan yang melibatkan MCA.Apabila perpecahan berlaku dan Umno yang terdesak , mula melancarkan gerakan menahan pimpinan pembangkang waktu itu dan beberapa pimpinan NGO.



Kini usaha yang sama hampir berlaku apabila kes telah mula dimainkan dimana Umno cuba menjadi Hang Tuah dan MCA menjadi penderhaka. "Keadaan sekarang dilihat sebagai sesuatu yang tidak baik" , demikian jelas Ustaz Idris Ahmad yang menyatakan bahawa ada angin yang bertiup kencang bahawa kemungkinanya modus operandi yang sama akan berlaku kerana Umno dilihat telah hilang kuasa dan MCA di pingirkan oleh orang cina sendiri.

Sementara itu DSAI dalam sidang media menjelaskan bahawa artikel yang di siarkan dalam akhbar utusan Malaysia dilihat cuba uintuk memainkan sentimen perkauman apabila memuatkan sebuah rencana dimana pengarangnya cuba memainkan isu mengenai pergaduhan kaum dan tragedi yang lebih besar .

Menurut Anwar, kes ini adalah sebagai kes dimana apabila Umno menghadapi masalah dengan sokongan, maka dengan serta merta pula akan berlakunya keadaan di mana pembangkang akan menjadi mangsa.

Sementara itu ketiga-tiga pimpinan yang hadir menyatakan bahawa perlembagaan yang di asaskan selama ini tidak akan di rubah malahan ianya dijadikan sebagai garis panduan yang jitu bagi mengukuhkan lagi sistem perlembagaan yang ada demi menjaga perlembagaan negara agar lebih di hormati.